Masih ingat lagi dengan filem Dil Se 1998 ataupun anda lebih gemar filem Mann? Kedua-dua filem ini dibintangi oleh Manisha Koirala sebagai heroin. Untuk filem Dil Se dia bergandingan Raja Bollywood, Shahrukh Khan dan Mann pula bersama Aamir Khan.

Manisha Koirala adalah aktres berasal dari Nepal yang telah membintangi banyak filem Bollywood mega. Manisha, yang dilahirkan pada 16 Ogos 1970, pernah menjadi pelakon dengan bayaran tertinggi pada tahun 90-an. Kini Manisha sudah memasuki usia 50 tahun, dan terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang dilaluinya dalam kehidupannya.

IKLAN

Nak tahu khabar terbaru dari Manisha Koirala. Berikut perkongsian Murai MY dari pelbagai sumber mengenai wanita cantik ini.

Manisha pernah menghidapi kanser rahim pada tahun 2012 dan menjalani rawatan di New York, Amerika Syarikat. Kini Manisha Koirala aktif dalam aktiviti sosial.

Jika dilihat pada media sosialnya, Manisha sering diundang untuk menjadi penceramah sebagai bekas pesakit kanser.

Foto: Instagram/m_koirala

Kehidupannya berubah banyak selepas dia sembuh dari barah. Dia nampaknya memberi perhatian dan fokus lebih tinggi kepada amalan gaya hidup sihat. Salah satunya adalah dengan bersenam.

Foto: Instagram/m_koirala

Kini Manisha juga menjadi  seorang aktivis. Dia secara aktif bekerjasama dengan United Fund for Population Activities (UNFPA) dan kerajaan tempatan untuk membantu wanita yang menjadi mangsa gempa bumi di Nepal.

Foto: Instagram/m_koirala

Kembali ke dunia hiburan pada tahun 2017, Manisha telah mengendalikan beberapa rancangan TV. Dia juga kembali berlakon filem.

Foto: Instagram/m_koirala

Manisha juga menulis sebuah buku mengenai kisah hidupnya yang berjudul HEALED.

Foto: Instagram/m_koirala

Dia juga menghabiskan waktunya untuk menjelajahi keindahan semula jadi di tanah airnya, Nepal.

Foto: Instagram/m_koirala

Dalam sebuah wawancara, Manisha pernah berkata  pertarungannya untuk mengalahkan kanser menjadikan dia kini lebih menghargai kehidupan. Ini buatkan dia lebih “berani” untuk menjadi manusia biasa yang melakukan pelbagai kelemahan atau kesilapan dan mengakuinya kepada umum.

“Pertama, apabila kamu didiagnos menghidap kanser, kamu perlu berdepan dengan sisi lain dalam hidup.

“Daripada apa saya lihat, kita memang tak boleh menipu. Saya juga tak boleh mengada-adakan cerita.

IKLAN

“Hakikatnya, berdepan dengan maut adalah sesuatu yang benar dalam hidup,” katanya seperti dipetik Times of India.