Jibraan Khan, yang dikenali sebagai anak lelaki Kajol dan Shah Rukh Khan di Kabhi Khushi Kabhie Gham kini telah dewasa. Diketahui, Jibraan ternyata menukar profesion dan penampilan terbarunya mengejutkan orang ramai.

Fakta lain mengenai Jibraan Khan yang mengejutkan adalah bahawa dia adalah anak kepada pelakon senior Arjun Khan yang terkenal menerusi siri Mahabharat. Ingin tahu mengenai kehidupan Jibraan Khan sekarang?

IKLAN

Jibraan Khan berjaya mencuri perhatian setelah melakonkan watak Krish di Kabhi Khushi Kabhie Gham pada tahun 2001. Jibraan kini sudah dewasa dan wajahnya memang berbeza. Walaupun tidak aktif sebagai pelakon, Jibraan sering memuat naik foto dirinya ke laman Instagramnya dan berpose seperti model.

Rambutnya yang terlihat lebih panjang dan penampilannya ternyata lebih matang pada usia memasuki 27 tahun.

Penolong Pengarah

Jibraan sudah lama tidak muncul sebagai pelakon dalam filem Bollywood. Filem terakhirnya berjudul Rishtey yang dirilis pada tahun 2002. Dipetik dari English Jagran, Jibraan kini bekerja sebagai penolong pengarah di Karan Johar’s Dharma Production dan dia juga membantu Ayan Mukerji untuk projek filem Brahmastra.

Selain itu, Jibraan juga menyukainya apabila orang memanggilnya Krish. Walaupun merasa bangga, Jibraan mahukan identiti baru yang sedang dia perjuangkan.

“Ya, saya tidak akan berbohong tentang hal itu (disebut Krish). Ia memang berlaku. Saya rasa penghormatan yang saya perolehi semasa ujibakat adalah kerana kerja yang saya lakukan pada masa lalu dan Kabhi Khushi Kabhie Gham terus menjadi karya tang terbaik. Ke mana sahaja saya pergi,  ramai yang bertanya bagaimana bekerja di Kabhi Khushi Kabhie Gham. Saya tidak bosan menjawabnya, tetapi saya rasa sudah tiba masanya untuk memerlukan identiti baru, ”kata Jibraan.