Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Sempena Ulangtahun Ke-28, Syed Saddiq Hanya Ada Satu Hasrat

by Zaidin Albert
December 7, 2020
Share on Facebook

Belum capai usia 30 tahun, YB Saddiq atau nama sebenanrya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, telah mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia politik.  Beliau berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan sebelum ini dan kini memperjuangkan penubuhan parti baru iaitu Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) .

Semalam, 6 Disember, YB Saddiq, telah menyambut hari lahir yang ke-28. Dalam posting terbarunya di Instagram, Syed Saddiq mengenang kembali hal-hal yang dilaluinya sepanjang tahun ini.

Foto: Instagram/ SyedSaddiq

“Alhamdulillah untuk tahun yang diberkati lagi. Terima kasih atas ucapan. Saya sekarang berusia 28 tahun! Hari lahir tahun ini terasa jauh lebih bermakna dari tahun-tahun sebelum. Terlalu banyak terjadi setahun ini yang benar benar mendewasakan saya.”- tulisnya di Instagram.

Foto: Instagram/ SyedSaddiq

Tambahnya lagi, YB Saddiq percaya segala perkara buruk yang terjadi kepadanya sebelum ini telah dirancang oleh Allah untuk membuka pintu kepada lebih banyak benda yang jauh lebih baik. YB Saddiq turut merasa hiba kerana sepanjang tahun ini dia juga kehilangan beberapa orang rakan.

“Saya telah kehilangan beberapa rakan tetapi pada masa yang sama saya mendapat rakan baru yang berkongsi harapan dan impian yang sama untuk Malaysia.”

Di akhir ucapannya, YB Saddiq membuat permintaan khas sempena hari lahirnya,

“Untuk hari lahir tahun ini, saya hanya ada satu hasrat dan doa. Saya harap kelulusan pendaftaran @partimuda_ disegerakan. Semoga #GengMuda dapat mengorak langkah kehadapan dengan lebih tangkas!”

Terdahulum, pada bulan September yang lalu, YB Saddiq yang juga bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu telah membuat pendafataran ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) di Putrajaya menghantar beberapa dokumen untuk pendaftaran parti baharu itu.

Topik Berkaitan [VIDEO] Bella Atillah Pakai Topi Gambar Muka Syed Saddiq Buatkan Netizen Teruja!

Menurut YB Saddiq, Muda boleh disertai pelbagai kaum di Malaysia dan tiada had umur ditetapkan yang akan dipimpin anak muda daripada pelbagai lapisan masyarakat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
syed saddiq
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara