Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Mahu Jadi Ahli Dermatologi? Che Puan Khaleeda Kongsi 3 Hal Menarik & Mengejutkan Tentang Dirinya

by Zaidin Albert
December 8, 2020
Share on Facebook

Che’ Puan Khaleeda Bustamam sering mencuri perhatian kerana kejelitaannya dan kekal manawan walaupun sudah memiliki tiga cahaya mata. Rata-rata peminat gemar mengikutinya di Instagram kerana beliau gemar berkongsi cara hidup yang sihat dan positif.

Foto: Instagram/ ymchepuankhaleeda

Bukan itu sahaja, isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ini sering berkongsi hal peribadi bersama peminat menerusi Instagram. Yang terbaru, peminat berkesempatan mengetahui tentang beberapa fakta tentang dirinya.

Che Puan berkongsi perkara tersebut selepas menjawab soalan pengikutnya yang bertanya ketika sesi soal jawab di Instagram Story (IGs).

Mahu Jadi Ahli Dermatologi

Foto: Instagram/ ymchepuankhaleeda

Siapa sangka, rupanya Che Puan bercita-cita untuk menjadi seorang ahli dermatologi. Pengakuan ini dibuat selepas seorang peminat bertanya pekerjaan impian beliau.

“Pada mulanya ia adalah pakar bedah plastik tetapi telah berubah dan saya benar-benar ingin menjadi ahli dermatologi. Saya begitu obses dengan ekstrasi dan pembedahan atau surgikal yang adakalanya terlihat menjijikkan bagi sesetangah orang tapi saya sangat suka.”

Mahu Bantu Orang Kurang Bernasib Baik

Salah seorang pengikutnya di Instagram bertanya apakah dream goal atau matlamat impian beliau. Ini jawapannya;

“Untuk menolong orang yang kurang bernasib baik sepanjang saya hidup. Saya rasa itulah tujuan hidup saya dan terutama ketika Tuhan telah memberkati saya dengan memberi lebih daripada yang pernah saya minta”- tulisnya

Teringin Untuk Berkunjung ke Indonesia

Dalam banyak-banyak negara yang pernah dikunjungi, ternyata Che Puan belum berkesempatan untuk ke negara jiran, Indonesia. Namun beliau akui bahawa, Indonesia sebuah negara yang Indah dan berharap akan berpeluang untuk ke sana nanti.

“Tidak pernah dan saya sangat teringin untuk berkunjung ke Indonesia, Saya dengar banyak perkara yangindah tentang negara jiran ini. Insyaallah satu hari nanti!”

Foto: Instagram/ ymchepuankhaleeda

Che Puan dan TMJ disatukan di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober, 2014 dan kini mempunyai tiga cahaya mata iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail dan Tunku Abu Bakar Ibrahim.

Error happened.
Che’ Puan Khaleeda BustamamTunku Abu Bakar IbrahimTunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku IsmailTunku Ismail Sultan IbrahimTunku Khalsom Aminah Sofiah
https://lomp.at/rf4tx
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara