Percaya atau tidak, beberapa kawasan di Afrika kaum lelaki di sana mahu disusukan isteri-isteri mereka sama seperti bayi. Menurut Health Europa, perbuatan ini telah lama diamalkan sehingga memberi kesan kepada bayi mereka dan ini merupakan sebab perbuatan ini diamalkan oleh kaum lelaki di Afrika.

1Dikesan Mengikut Laporan

via Religious Culture

Di Uganda, budaya suami minta disusukan dikesan apabila pasukan perubatan kerap menerima laporan kes-kes wanita yang mengalami masalah jangkitan pada bahagian payu dara akibat kesan gigitan suami, bayi kekurangan zat disebabkan oleh susu yang tidak mencukupi dan pasangan yang memberikan susu formula pada awal usia bayi.

IKLAN

2Sebagai Simbol Kasih Sayang

via Oxfarm International

Menurut Health Europa, budaya menyusukan suami ini diamalkan atas faktor kesetiaan dan simbol kasih sayang. Bagi pihak isteri, disebabkan takut atau bimbang suami mereka akan main kayu tiga, mereka memilih untuk mendiamkan diri.

3Mampu Memberikan Tenaga

via Encology News

Segelintir lelaki Uganda turut memaksa amalan ini pada isteri disebabkan oleh kepercayaan mereka bahawa susu badan isteri mampu memberikan mereka tenaga dan memperkuatkan organ seksual mereka.

4Mampu Menyembuhkan Penyakit Dan Memberikan Ketenagan

via Aimint

Menurut Health Europa, ada juga individu di Afrika yang percaya susu ibu jika diambil secara kerap mampu menyembuhkan penyakit seperti AIDS dan kanser. Majoriti lelaki yang mengamalkan tabiat ini mengakui mereka merasa lebih tenang dalam hidup selepas disusukan.

5Membantu Memulihkan Mabuk

via World Vision

Selain Uganda, amalan serupa juga dilaporkan berlaku di negara Tanzania dan Kenya. Bagi lelaki Tanzania, menyusu seperti bayi mampu membantu mereka pulih selepas mabuk. Hal ini sekaligus menyebabkan aktiviti menyusu merupakan perkara wajib dalam kehidupan seharian mereka.

Jelas sekali menunjukkan bahawa aktiviti ini sebenarnya tidak ada kajian yang sebenarnya. Pihak parliman di Afrika telah cuba untuk menghalang budaya ini daripada terus menjadi tabiat turun temurun.