Eve Jobs dikatakan menjadi pewaris syarikat Apple yang diasaskan oleh bapanya, Steve Jobs. Tetapi baru-baru ini, Eve telah membuat debut sebagai model dan mempromosikan sebuah produk.
Walaupun berita ini tidak dapat disahkan kerana Eve diketahui menjaga hal tentang kehidupan peribadinya. Tetapi nampaknya Eve Jobs terlihat bersedia untuk terjun dalam industri modelling.
Baru-baru ini, Eve Jobs turut bersama-sama pelakon Euphoria Sydney Sweeney dan naib juara Drag Race RuPaul Naommi Smalls untuk kempen iklan percutian dari jenama kecantikan, Glossier.
Dalam fotonya, wanita berusia 22 tahun itu berpose ketika duduk di tub mandi yang penuh dengan buih. Eve Jobs berpose menawan sambil memegang segelas wain. Menariknya, Eve didakwa kelihatan berbogel. Tubuhnya hanya ditutupi buih-buih.
Eve Jobs diramalkan akan menjadi pewaris syarikat Apple, yang ditubuhkan oleh bapanya. Bukan hanya disebut sebagai anak kesayangan Steve Jobs, sifat terbuka Eve sangat berbeza dengan abangnya, Erin Siena. Eve aktif di media sosial, sementara Erin memilih untuk menjauhkan diri dari media sosial.
Pada masa ini, Eve Jobs juga melanjutkan pelajaran di Universiti Stanford mengikuti jejak orang tuanya yang pertama kali bertemu di sekolah terbaik di dunia itu. Eve juga merupakan salah stau penunggang kuda yang terbaik di bawah usia 25 di dunia.
Menurut dari laman Horse Sport, Eve Jobs menduduki tempat kelima dalam senarai 1,000 pelumba teratas di bawah usia 25 tahun di seluruh dunia pada tahun 2019. Selain foto model debutnya yang mencuri perhatian, Eve Jobs masih membuat pencapaian yang membanggakan bagi keluarga.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.