Friday, March 24, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Kebetulan? Selain Sri Devi, 4 Artis Bollywood Ini Juga Ditemui Mati Di Bilik Hotel

by Naddy Joe
December 11, 2020
102
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini industri Bollywood dikejutkan dengan berita penemuan seorang aktres Tv Tamil iaitu VJ Chitra yang ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel. Selain VJ Chitra, terdapat beberapa artis Bollywood lain yang turut ditemui mati di bilik hotel. Scroll sampai habis okay!

Sridevi

Bintang Bollywood iaitu Sridevi atau nama sebenarnya Shree Amma Yanger Ayyapan meninggal dunia pada tahun 2018. Menurut BBC, pelakon filen English Vinglish itu meninggal dunia dalam sebuah bilik hotel di Dubai. Punca kematiannya adalah kerana Sridevi lemas di dalam tab mandi.

Kehadiran Sridevi di Dubai sendiri adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan abangnya. Mayat Sridevi Kapoor kemudian diterbangkan dari Dubai ke India dan pada masa itu, orang ramai sudah mula berkumpul di sekitar kediaman bintang Bollywood itu di Mumbai  untuk memberikan penghormatan terakhir.

Sreenath

Pada tahun 2010, pelakon Sreenath atau nama penuhnya Sreenath Thoppil Inchora ditemui mati di sebuah bilik hotel di Kothamangalam. Pada waktu itu, aktor tersebut berada di sana untuk shoot filem big screen iaitu Shikar.

Menurut Financial Express, adik Sreenath percaya bahawa terdapat tuduhan bahawa abangnya terbunuh kerana terdapat bekas luka yang ditemui pada badan abangnya. Sementara itu, pihak berkuasa menyimpulkan bahawa kematiannya adalah kes bunuh diri kerana masalah peribadi. Sewaktu masih hidup, Sreenath telah berlakon dalam pelbagai filem yang popular seperti Shalini Ente Kootukari, Ithu Njangalude Katha, dan banyak lagi.

Payel Chakraborty

Aktres Payel Chakraborty ditemui mati di sebuah bilik hotel di Siliguri pada 5 Ogos 2018. Dilaporkan dari India Today, kakitangan hotel menghubungi pihak polis setelah cuba mengetuk pintu bilik Payel namun tidak berjawab. Pihak berkuasa kemudian membawa mayat Payel untuk dibedah siasat. Sementara itu, wanita yang berusia 36 tahun itu dikatakan baru sahaja melalui proses penceraian dan mengalami depresi.

Ishmeet Singh

Penyanyi Star Voice of India juga menghembuskan nafas yang terakhir di sebuah bilik hotel. Beliau meninggal pada tahun 2008 dan baru berusia 19 tahun. Dilaporkan, Ishmeet meninggal dunia akibat lemas dalam hotel pool yang terletak di Maldives. Pada ketika itu, beliau datang ke sana untuk sebuah konsert dengan rakan-rakannya dari acara yang sama. Namun, takdir menyatakan sebaliknya. Kerana insiden yang menyedihkan itu, keluarga beliau tuntut untuk menjalankan siasatan.

VJ Chitra

Pelakon drama Pandian Stores iaitu VJ Cjitra ditemui mati pada 9 Disember 2020 dalam sebuah bilik hotel di kawasan Chennai Nazrathpet. Disyaki bahawa VJ chitra mati kerana bunuh diri dan kemudian dibawa oleh pihak berkuasa untuk bedah siasat.

Berita kematian pelakon berusia 29 tahun ini telah mengejutkan banyak pihak kerana sebelum beliau mati, beliau masih menjalani penggambaran di EVP Film City dan kembali ke hotel pada pukul 2.30 pagi. Tunangnya yang juga berada di dalam bilik terus memanggil kerani hotel dan polis pada pukul 3.30 pagi setelah VJ Chitra yang berada di dalam bilik tidak menjawab panggilannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Share41Tweet26SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Dasyat! 5 Artis Bollywood Ini Tidak Pernah Mendapat Bayaran Dalam Filem
Bollywood

Dasyat! 5 Artis Bollywood Ini Tidak Pernah Mendapat Bayaran Dalam Filem

by Aphit J.
March 19, 2023
Disebabkan Ketiak, Priyanka Chopra Terima Kecaman Hebat Dari Netizen
Bollywood

Disebabkan Ketiak, Priyanka Chopra Terima Kecaman Hebat Dari Netizen

by Aphit J.
March 11, 2023
Besar Dah Anak Lelaki Kareena Kapoor Ni! Telatah Taimur & Jehangir Sambut Festival Holi Curi Perhatian
Bollywood

Besar Dah Anak Lelaki Kareena Kapoor Ni! Telatah Taimur & Jehangir Sambut Festival Holi Curi Perhatian

by Phic ARMAN
March 7, 2023
Amitabh Bachchan Bakal Berlakon Dalam Filem Terbaru “Section 84”
Bollywood

Amitabh Bachchan Bakal Berlakon Dalam Filem Terbaru “Section 84”

by Ameerul K
March 2, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Sebab Ira Kazar Je Semua Gaduh” -Syamsul Yusof Warning Aaron Aziz, Caprice Dan Farid Kamil Jangan Melampau!

  2. 2

    [VIDEO] Lucu! Netizen Terhibur Sajat Gelak Dengar Suara Sendiri -“Aduhh Suara Tak Kepit Habis…”

  3. 3

    Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

  4. 4

    Sharnaaz Ahmad Tak Lekang Memuji-Muji Bekas Isteri Noor Nabila, Mungkinkah Keluarga Ini Kembali Bersatu?

  5. 5

    [VIDEO] Noor Nabila Pergi Korea Bukan Beli Skincare Tapi Beli…-“Apa Yang Lembik-Lembik Ni?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan