Feri Pulau Pinang Bakal Tamatkan Operasi! Ini Sebabnya

Kebanyakan daripada mereka meluahkan rasa kesal kerana perkhidmatan feri itu ditamatkan begitu sahaja biarpun ianya merupakan sebahagian daripada identiti Pulau Pinang.

Mesti Baca

Ketika ini di media sosial, rata-rata pengguna mula berkongsi kenangan terakhir mereka menaiki feri Pulau Pinang kerana perkhidmatan feri itu bakal ditamatkan pada bulan ini.

Digantikan Dengan Bot Katamaran 

Difahamkan, feri itu bakal digantikan bot katamaran yang sehingga kini tidak jelas diperincikan kepada orang awam termasuk jenis bot yang akan digunakan. Kebanyakan daripada mereka meluahkan rasa kesal kerana perkhidmatan feri itu ditamatkan begitu sahaja biarpun ianya merupakan sebahagian daripada identiti Pulau Pinang.

Memetik laporan Berita Harian, walaupun terdapat bot katamaran besar yang mempunyai ruang kepada kenderaan, harganya begitu mahal manakala mengikut perkiraan daripada Kerajaan Persekutuan, bot katamaran yang dicadangkan hanya boleh memuatkan penumpang pejalan kaki.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow turut meminta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menilai kembali dan membenarkan feri sedia ada dibangunkan semula supaya kenderaan yang menggunakan perkhidmatan feri kini dapat juga merasai perkhidmatan feri baharu yang bakal dipesan oleh kementerian itu ataupun Penang Port Sdn Bhd kelak.

Terkini

Lebih Dari 1,000 Aduan Mahu Persembahan Grammy Cardi B Dan Megan Thee Stallion Dihentikan

Cardi B dan Megan Thee Stallion membuat persembahan lagu hit no.1 mereka, "WAP" pada Anugerah Grammy pada Mac 14...

Artikel Berkaitan