Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

COVID-19 : Kementerian Kesihatan Sahkan Wujudnya Kluster Genting

by Khai Azfar
December 15, 2020
Share on Facebook

Sejak beberapa hari yang lalu, kecoh kononnya pusat peranginan Genting Highlands mempunyai beberapa kes jangkitan wabak COVID-19.

Wujud Kluster Genting 

Kes termasuklah meliputi kawasan Genting Premium Outlet (GPO) dan kereta kabel yang mana terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi proses sanitasi. Terbaru,  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan telah wujudnya Kluster Genting.

Dalam kenyataannya itu, kes indeks telah direkodkan yang mana pesakit merupakan seorang warga asing dari Bangladesh telah merentas negeri ke Genting Highlands, Pahang untuk melawat rakan-rakannya, seterusnya menjangkiti mereka.

“Kluster Genting telah dikenal pasti iaitu kes indeks seorang warga asing Bangladesh merentas sempadan negeri dari Selangor ke Genting Highland, melawat dan menjangkiti rakan-rakan.

“PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) dikuatkuasakan di Amber Court, Ria Apartment dan Rumah Kongsi Kg Semaut,” katanya menerusi Twitter semalam.

Pada 4 Disember lalu, Dr Noor Hisham memaklumkan kluster itu dilaporkan dikesan di Kuala Lumpur dan Pahang yang melibatkan Daerah Titiwangsa juga Bentong apabila kes indeks (kes ke-66878) dilapor positif pada 1 Disember hasil saringan tempat kerja.

Susulan itu, pada 9 Disember,PKPD telah dilaksanakan di ketiga-tiga kawasan membabitkan Apartmen Amber Court, Apartmen Ria dan Rumah Kongsi Kampung Semaut di Bentong, Pahang mulai 10 hingga 23 Disember ini. Semalam, sebanyak 1370 kes positif baharu telah direkodkan menjadikan kes aktif dalam negara berjumlah 13830.

[VIDEO] Peluk Kerana Gayat, Aksi Nelydia Senrose Dikecam- "Lebih Kepada Nak Ambil Kesempatan"
covid-19genting highland
https://lomp.at/b5vhh
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Insentif

BDR Mula 15 April Tapi Tak Semua Sama! Ini Jadual Ikut Negeri & Syarat Ramai Masih Keliru

by Ayu Kamaruddin
April 7, 2026

Dalam suasana kos sara hidup yang makin mencabar dan tekanan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan tampil dengan satu langkah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara