Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

‘Semua Ini Sementara’- Nasihat TMJ Kepada Asyraf Khalid Sangat ‘Deep’

by Phic ARMAN
December 17, 2020
Share on Facebook

Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail atau lebih mesra dipanggil TMJ (Tunku Mahkota Johor) merupakan putera sulung Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

TMJ selalu menarik perhatian kerana sering berkongsi kehidupan mewahnya di Instagram. Selain itu, TMJ juga berkongsi aktiviti hariannya yang gemar bersukan dan bersenam bersama keluarga.

Sebenarnya, setiap foto-foto dan video yang dimuatnaik di akaun instagram @hrhcrownprinceofjohor telah memberi inspirasi kepada pengikutnya. Dari kereta mewah, pesawat peribadi sehinggalah jam tangan berjenama, gaya hidup TMJ cukup mengagumkan.

View this post on Instagram

A post shared by HRH Crown Prince of Johor (@hrhcrownprinceofjohor)

TMJ Jadi Inspirasi buat Asyraf Khalid 

Kehidupan mewah TMJ turut menjadi inspirasi kepada usahawan Asyraf Khalid. Anak tiri Dato Seri Siti Nurhaliza ini dilihat meninggalkan komen pada salah satu posting di Instagram TMJ.  Asyraf berkata, dia bercita-cita untuk menjadi kaya dan berjaya seperti TMJ.

“Style… anda adalah inspirasi bagi saya. Suatu hari, saya ingin menjadi kaya dan berjaya seperti anda, insyaallah”- komen Asyraf kepada TMJ

Tanpa mengambil masa yang lama, TMJ terus membalas komen Asyraf dan memberi nasihat yang menyentuh hati.

“@asyrafkhalid, terima kasih. Semua ini hanya sementara. Kurniaan Allah. Tiada ada mana-mana barang ini pun yang akan mengikuti saya ke kubur apabila masa (kematian) saya sudah tiba.”- ujarnya

“Saya melihat kekayaan saya sebagai ujian dari maha kuasa. Sama ada saya mengingati Allah atau tidak. Adakah saya masih sedekah dan menolong orang miskin? Yang penting adalah tetap bersyukur dan tidak pernah lupa melakukan perbuatan baik. Pada akhirnya wang hanya sekadar kertas. Ketenangan jiwa adalah kunci hidup bahagia. Salam”- balas TMJ yang cukup menyentuh hati semua orang.

Dengan sikap merendah diri inilah TMJ sangat disayangi dan dihormati oleh rakyat. Ciri-ciri kepimpinan, merendah diri, prihatin dan  mesra dengan rakyat menyerlahkan istilah “raja dan rakyat berpisah tiada”.

Bagi mereka yang selalu mengikuti perkembangan TMJ, pasti akan tertarik dengan kisah, cerita dan beberapa perwatakan yang ditonjolkan oleh Baginda.

Error happened.
EV Bawah RM200K Tak Boleh Masuk Malaysia? Aazief Khalid Kongsi Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu
asyraf khalidChe Puan KhaleedajohorTmjTunku Ismail Idris
https://lomp.at/73c72
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara