Kebiasaannya, ramai yang tahu, filem Bollywood lebih sinonim dengan lagu dan tarian, kisah tentang percintaan dan kekeluargaan. Namun, para pembikin industri perfileman Bollywood semakin berani untuk mencuba sesuatu yang baru dengan aksi yang lebih ‘panas’.

Kareena Kapoor , Vidya Balan dan Rani Mukerji adalah antara pelakon yang pernah membawakan watak sebagai ‘pelacur’ di dalam filem. Namun begitu, ianya bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana mereka perlu menumpukan sepenuh perhatian bagi menghidupkan watak yang dibawa agar ia kelihatan begitu semula jadi di mata penonton. Adegan yang ditonjolkan juga bukan hanya sekadar ciuman tetapi termasuklah adegan di ranjang yang kita tidak akan terduga sama sekali.

Lebih-lebih lagi untuk watak yang dipegang sebagai ‘pelacur’ dan kebanyakan filem yang ditayangkan adalah untuk genre dewasa kerana untuk membawakan watak seperti ini, mereka perlu berpakaian lebih seksi dan sensual untuk membuatkan penonton juga merasa lebih teruja.

IKLAN

Dipetik dari pelbagai sumber, berikut adalah senarai 6 artis yang berjaya memegang watak sebagai ‘pelacur’ di dalam filem. Anda tentu ingin tahu siapakah mereka bukan? Jom kita lihat senarai di bawah!

Huma Qureshi

via ScoopWhoop

Huma Qureshi adalah pelakon pertama yang berjaya membawa watak sebagai ‘pelacur’ yang bernama Jhimli dalam filem Badlapur (2015). Bukan hanya sebagai seorang pelacur, malahan dia juga diminta untuk menjadi pencinta untuk watak yang dilakonkan bersama Nawazuddin Siddiqui.

Pelakon kelahiran 1986 ini berjaya mendapat pujian kerana ekspresinya yang halus tetapi dapat memberi tenaga yang kuat kepada penonton. Huma Qureshi terkenal sebagai seorang artis Bollywood yang memiliki sepasang mata yang sangat menggoda.

Neha Dhupia

via Spideyposts.com

Neha Dhupia yang memulakan kariernya dalam industri Bollywood dengan membintangi filem yang bertajuk Julie (2004). Pada masa itu, dia dicabar untuk memegang watak utama sebagai ‘pelacur’.

Filem ini menceritakan tentang seorang ahli perniagaan yang jatuh cinta dengan Julie. Ketika Julie dilamar, dia merasa dilema kerana bakal suaminya tidak tahu bahawa dia bukanlah seorang gadis yang baik. Di dalam filem itu juga, Nuha buka sahaja harus berpakaian seksi tetapi juga harus melakukan adegan seks.

Kalki Koechlin

via blogspot.com

Kalki Koechlin tampil berani membawakan watak sebagai ‘pelacur’ menerusi filem yang berjudul Dev D (2009). Dia berjaya menghidupkan watak sebagai Chanda dengan sangat baik. Filem ini adalah filem genre dark-comedy dan terdapat juga adegan romantis di dalamnya yang menjadikan jalan cerita filem ini sangat menarik.

Di dalam filem Dev D, Kalki Koechin adalah seorang pelajar pada waktu siang namun berubah secara drastik dan menjadi seorang pelacur pada waktu malam. Dia juga harus berpakaian seksi untuk menghidupkan lagi aura bad girl.

Rani Mukerji

via DNA India

Nama Rani Mukerji sudah tidak asing lagi di dalam industri perfileman. Beliau merupakan seorang aktor yang berjaya dan boleh membawakan apa sahaja watak yang diberikan dengan sempurna. Rani Mukerji juga tidak ketinggalan dalam pembabitan untuk menjayakan watak sebagai ‘pelacur’. Dia dengan berani membawakan watak luar biasa dalam tiga filemnya yang berjudul Mangal Pandey: The Rising (2005), Laaga Chunari Mein Daag (2007) dan Saawariya (2007).

Peranan yang dimainkannya dalam ketiga-tiga filem tersebut sangat berbeza. Contohnya dalam filem Laaga Chunari Mein Daag, dimana ia mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita muda yang telah meninggalkan keluarganya untuk mendapatkan pekerjaan dan akhirnya dia menjadi ‘pendamping’ yang sangat terkenal di Mumbai.

IKLAN

Vidya Balan

via pinterest

Vidya Balan telah mengambil bahagian dalam filem Dirty Picture (2011). Enam tahun kemudian, pelakon ini memainkan peranan sebagai ‘pelacur’ dalam filem Begum Jaan (2017). Berjaya menghidupkan keperibadian watak yang hebat itu telah membuatkan Vidya Balan dipuji kerana kesungguhannya dalam bidang lakonan.

Kareena Kapoor Khan

via tvovermind.com

Kareena Kapoor juga pernah tampil dengan watak sebagai ‘pelacur’ dalam dua filem yang berjudul Chameli (2003) dan Talaash (2012). Pelakon ini sering membuatkan pelakon akan terkesima dan terpesona dengan lakonan dan wajahnya yang cantik. Lakonannya dalam filem Talaash juga sangat luar biasa sehingga berjaya memenangi banyak anugerah.

Lakonan Kareena Kapoor begitu menggoda sehingga mampu meraih kejayaan dan membuatkan penonton sangat teruja. Tidak perlu mengenakan pakaian sehingga menampakkan bentuk tubuh, pesona pelakon berusia 40 tahun ini tetap mampu menghidupkan watak walaupun sebagai ‘pelacur’