Ikan keli memang memerlukan kaedah pembersihan khas, tidak seperti ikan yang lain. Lendir yang terdapat pada ikan keli tidak dapat hilang dengan hanya membasuh dengan menggunakan air biasa. Berikut merupakan cara bagi menghilangkan lendir ikan keli menurut KOMPAS.com.

Air Limau dan Garam

via Keluarga

Ini merupakan cara tradisional yang sering diamalkan sejak dari dulu. Masukkan air perahan limau nipis atau limau kasturi bersama garam ke dalam bekas, dan lumur keseluruhan ikan keli dengan menggunakan campuran dua bahan ini. Hasilnya lendir dan bau hanyir ikan keli akan hilang.

IKLAN

Lumur Bersama Cuka Dan Garam

via Verst

Cuka dan garam juga merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan untuk menghilangkan lendir ikan keli. Caranya adalah memasukkan sesudu cuka dan garam kedalam bekas, gaulkan dan lumur pada kesuluruhan ikan keli. Biarkan dalam 10 minit dan anda boleh lihat bahawa lendir ikan keli sudah tiada pada badannya.

Merendam Dengan Air Suam

via Iluminasi

Salah satu cara yang kita jarang dengar adalah merendam ikan keli dengan menggunakan air suam. Masukkan air suam kedalam bekas dan masukkan ikan keli untuk direndam selama 10 ke 15 minit. Menurut KOMPAS.com, biarkan seketika dan anda dapat lihat bahawa lendir pada ikan keli akan beransur hilang.

Membersih Menggunakan Abu

via This Ashes

Menurut KOMPAS.com, jika di rumah anda terdapat sebarang jenis abu, gunakan abu sebagai bahan untuk menghilangkan lendir pada ikan keli. Sapukan keseluruhan badan ikan keli dengan menggunakan abu dan gosokkan badan ikan keli dengan abu tersebut. Setelah selesai, bilas ikan keli dengan menggunakan air biasa.

Jadi bagi anda peminat ikan keli, mungkin selepas ini anda boleh memasaknya sendri dengan meencuba membasuh ikan keli seperti tips di atas.