Universiti Putra Malaysia (UPM) mengumumkan kerjasama antara Pusat Penyelidikan Biopemprosesan dan Biopenghasilan (Bioprocessing and Biomanufacturing Research Centre atau BBRC) dan syarikat bioteknologi PNT Research. Kedua-dua pihak akan berusaha untuk meningkatkan keberkesanan bahan-bahan berfungsi untuk menyumbang ke arah masyarakat dengan penuaan yang sihat. Kerjasama ini akan menyelami potensi mikroalga untuk mencegah tekanan oksidatif.

Tekanan oksidatif seringkali dikaitkan dengan penyakit kronik, seperti barah, kencing manis, penyakit Alzheimer dan penyakit kardiovaskular. Tekanan oksidatif disebabkan oleh kelebihan radikal bebas dalam sel-sel tubuh dan boleh merosakkan sel, protein, dan DNA.

IKLAN

Ia membawa kepada penuaan pramatang dan semakin kerap berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk penuaan, perubahan gaya hidup, tekanan dan pencemaran. Untuk membantu mencari jalan penyelesaian, ketua BBRC Profesor Dr. Arbakariya Ariff mengetuai pasukannya untuk mengkaji mikroalga laut TetraSOD®, yang dianggap sebagai bahan berfungsi antioksidan yang paling berkesan dan berkhasiat.

Profesor Dr. Arbakariya Ariff

“Kami berbangga untuk bekerjasama dengan PNT Research, bermula dengan meningkatkan keberkesanan TetraSOD® (Tetraselmis chuii) dan diikuti dengan bahan-bahan berfungsi yang lain.

“Usaha ini akan mengurangkan risiko kesihatan yang dibawa oleh penningkatan umur, dan membolehkan orang ramai mencapai penuaan yang sihat, agar mereka dapat sembuh cepat dari penyakit dan mengurangkan risiko terkena penyakit kronik,” katanya.

Pengarah urusan PNT Research, Lee Bin Hao, mengatakan bahawa kerjasama dengan UPM adalah berlandaskan matlamat yang mudah tetapi jelas: untuk menghasilkan produk bahan berfungsi yang berkualiti dan berpatutan supaya dapat dimanfaatkan secara meluas oleh pengguna.

Pengarah urusan PNT Research, Lee Bin Hao,

“Penduduk dunia semakin menua, dan Malaysia tidak terkecuali. Sebagai rakyat yang patriotik, kami ingin menyumbang kembali kepada masyarakat, bermula dengan TetraSOD®.

“Usaha kami akan dibangun berdasarkan landasan sains yang kukuh, dengan mengambil kira keperluan akademik, industri dan pengguna,” katanya.

Turut hadir adalah wakil dari syarikat Sepanyol, Fitoplancton Marino yang merupakan peneraju dunia dalam pengeluaran mikroalga marin; DKSH dari Switzerland yang merupakan peneraju dunia dalam perkhidmatan pengembangan pasaran; dan Gelita, sebuah syarikat Jerman yang menerajui dunia dalam teknologi kolagen.

PNT Research adalah syarikat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bahan berfungsi serta nutraseutikal yang berteraskan sains. Ringkasnya, matlamat kami adalah untuk merealisasikan kesihatan dan kesejahteraan. Kelebihan kami adalah unit R&D yang lengkap dan menyeluruh. Dari awal, matlamat PNT Research adalah untuk menghasilkan bahan-bahan berfungsi dan nutraseutikal yang premium serta mudah diakses oleh pengguna.

Pada masa yang sama, kami menyumbang ke arah kelestarian dan impak sosio-ekonomi yang positif.