Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Elizabeth Tan Kongsi Cara Sambut Tahun Baru Cina Dalam Norma Baharu

by Khai Azfar
February 11, 2021
Share on Facebook

Jumaat ini, seluruh masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru Cina. Berikutan pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh negara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan, perayaan Tahun Baru Cina akan turut mengalami ‘nasib’ yang sama seperti perayaan lain sebelum ini yang mana akan disambut dalam norma baharu.

Sambutan Dalam Norma Baharu 

Bercakap mengenai persiapan menjelang tahun baru itu, pelakon, penyanyi dan komposer Elizabeth Tan berkongsi cara sambutan dalam norma baharu tidak lama lagi. Menurut Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy, sambutan pada tahun ini semestinya akan berlainan kerana tidak dapat bertemu dengan sanak-saudara seperti yang dilakukan setiap tahun.

“Setiap tahun, sehari sebelum raya Cina keluarga kami akan berhimpun untuk makan bersama. Biasanya masa berhimpun akan ada satu mikrofon semua orang akan berkongsi apa yang jadi sebagai contoh siapa yang akan berkahwin, tengah menduduki peperiksaan atau sebagainya”

“Tetapi tahun ini tidak boleh. Kali ini, kami cuma rakam video,hantarkan kepada sepupu saya dan dia akan kumpul semua video ini untuk ditonton nanti. Kami mungkin akan sambut melalui rakaman video secara langsung dan ya hanya sekadar video” luah Lizzy

Patuhi Perintah Kerajaan

Bagaimanapun, akui Lizzy dia tidaklah berasa terlalu sedih memandangkan semua rakyat Malaysia mengalami nasib yang sama dan demi kebaikan untuk semua.

“Saya tidaklah berasa terlalu sedih kerana saya rasa semua orang mengalami nasib yang sama dan saya tidak akan merungut mengenainya. Takkan lah saya nak merungut sedangkan kes ketika ini semakin banyak dan jadi pentingkan diri sendiri dengan bercakap saya ingin sambut perayaan ini bersama keluarga besar.Kalau kita kena duduk rumah, kena duduk rumah sahaja” kata Lizzy kepada Murai.my

Lizzy ditemubual secara maya pada petang Selasa bersempena dengan majlis pelancaran single duet terbaharu bersama Hazama, Beku.

Elizabeth Tan Menangis Syukur Didoakan Hamil oleh Lelaki Muslim Selepas Solat di Masjid Putrajaya

Lagu ini merupakan ciptaan John Jeevasingham, Firdaus Rahmat dan Omar K. Liriknya pula ditulis oleh Firdaus Rahmat. Lagu ini menceritakan memori cinta lama yang terus memberi kesan kepada pasangan yang gagal dalam percintaan dan boleh dimuat turun di semua platform digital.

Elizabeth Tan
https://lomp.at/22v0b
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Betty Banafe Kesal Bekas Suami Buat Laporan Palsu Dakwa Dera Anak-“Cukup-Cukup Laa..”

by Naddy Joe
April 10, 2026

Pelakon, Betty Banafe meluahkan rasa kesal terhadap bekas suaminya yang membuat laporan palsu yang mendakwa dia dan pembantu mendera anak-anak...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

by Phic ARMAN
April 13, 2026

Ramai yang masih rindu dengan kelunakan suara Datin Seri Camelia, dan terbaru kemunculan beliau kembali mencuri perhatian apabila tampil menyanyikan...

Read moreDetails
Foto - @jibreelhq (IG) / @adira.suhaimi (IG)
Lokal

“Tergamak, Sanggup Dia Bagi Tuntutan Macam Tu”- Adira Suhaimi Kesal Dengan Syarat Datuk Red

by Nurul A.
April 23, 2026

Nampaknya kemelut antara penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya, Datuk Red tiada penghujungnya. Kali ini nama kedua-duanya kembali menjadi perbualan...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat 'shopping sakan'...

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  4. 4

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  5. 5

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara