Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[REVIEW] Sepi Aina Abdul Sebuah ‘Masterpiece’ !

by Khai Azfar
February 10, 2021
Share on Facebook

Nama penyanyi dan komposer berbakat besar Nurul Aina binti Abdul Ghani,28 atau lebih dikenali sebagai Aina Abdul terus popular mencipta nama dalam industri hiburan tanah air.

Aina Antara Yang Popular!

Bagaikan seekor burung yang terbang tinggi di awan biru, begitulah Aina ketika ini yang bekerja keras untuk menjadi yang terbaik sejak mula menyertai sebuah program realiti sekitar tahun 2015. Entah di mana silapnya, nama Aina bagaikan tenggelam seketika sehingga menjadi tanda tanya buat peminat.

Sepi Kongsi Kisah Perjalanan Awal Aina Abdul

Selepas hampir 7 tahun, kehilangan tersebut didedahkan Aina menerusi naskhah terbarunya berjudul Sepi yang mula dilancarkan sejak 8 Februari 2021. Pertama kali menonton video muzik ini tanpa mendengar nyanyian Aina dengan sengaja, terdetik di hati mengimbas kembali mengenai perjalanan Aina pada awal kemunculannya.

Pernah dijemput untuk menonton persembahannya di The Bee, Publika dan No Black Tie ketika itu juga diri ini tertanya adakah Aina mula bernyanyi di sini?

Video muzik Sepi menjawab telahan tersebut apabila Aina sendiri menyatakan ‘kehilangan’ terdahulu sebenarnya terdapat ruang buatnya untuk terus menghiburkan orang ramai di beberapa buah lokasi.

Saat menonton babak dimana Aina tertidur dan mengutip wang kertas RM10 di dalam sebuah gelas, video yang dimainkan tanpa suara ketika ini terus dimatikan. Sayang kerana ‘vibes’ yang sedia ada dalam sinematografi video muzik ini dibiarkan bermain tanpa vokal Aina yang sememangnya diketahui ramai sangat merdu!

“Hati ini sebak sangat kerana akhirnya Aina dapat share karya yang perjuangkan perjalanan karier seni Aina yang mungkin tak ramai tahu.Bila org tanya Aina dulu, ‘Mana Aina menghilang?’ Aina ada sahaja dekat sini” coret Aina

Apabila mendengar sehingga penghujungnya, tangan ini ligat mengulang semula Sepi kerana karya ini begitu mendalam. Bukan hanya memberi gambaran mengenai si pencipta, malah dedikasikan jua buat mereka yang sedang berjuang meneruskan liku-liku kehidupan.

Musuh Terbesar Penyanyi… Rozi Bongkar Kejadian Sebenar Sebelum Siti Nurhaliza Buat Konsert di TV2

Tidak keterlaluan jika disifatkan Sepi sebagai video muzik yang terbaik buat Aina. Barangkali kerana ia berkisarkan perjalanan Aina sebelum ini,Sepi menjadi ‘lebih dekat’ kepada pendengar.

Secara peribadi, selain karya Amylea berjudul Kendati, Sepi turut memasuki carta lagu kegemaran bagi edisi 2021. Penghasilan naskah terbaru daripada kedua-dua figura ini sentiasa dinanti-nantikan ramai peminat. Teruskan berkarya!

Sebagai rekod, lagu Sepi dilancarkan sehari selepas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) sepatutnya dijadualkan berlangsung. Namun, berikutan pelaksanaan PKP, tarikh penganjuran anugerah berprestij ini ditunda ke sebuah tarikh yang masih belum diumumkan.

YouTube video

aina abdulAina Abdul Sepi
https://lomp.at/0835m
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara