Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Selepas Sebulan, Anak Lelaki Syekh Ali Jaber Dedah Punca Sebenar Kematian Bapanya

by Zaidin Albert
February 10, 2021
Share on Facebook

Pada 14 Januari yang lalu, kita dikejutkan dengan pemergian pendakwah terkenal di Indonesia mahupun di Malaysia, Syekh Ali Jaber. Beberapa hari sebelum pemergian arwah, Sheikh Ali Jaber telah disahkan positif Covid-19. Namun, hasil ujian  saringan terakhir menyatakan bahawa ulama itu negatif bagi Covid-19.

Walaubagaimanapun, terdapat kekeliruan di kalangan netizen tentang punca kematian Syekh Ali Jaber.  Terkini, anak sulung arwah, Al Hasan Ali Jaber telah membuat penjelasan.

Penjelasan mengenai kematian Sheikh Ali Jaber disampaikan melalui video  “Syekh Ali Jaber dan UYM Besanan?” yang disiarkan di saluran YouTube Cerita Untungs, Selasa (9/2/2021).

“Dia menghidap penyakit. Cuma ia tidak begitu buruk. Qadarullah terkena Covid-19, kerana dia juga menghidapi penyakit darah beku ( hyperkoagulability) tak salah saya sebelum terkena Covid-19,”- katanya.

“Walaupun kena Covid-19, tapi arwah disahkan negatif selama beberapa hari. Mungkin kesannya ada ke sana ke mari. Sudah cukup lama,”- jelas Al Hasan.

Selepas itu, dia menyesali sikap arwah bapanya beberapa waktu sebelum pemergiannya. Menurut Al Hasan, Syekh agak kurang bersemangat untuk menjaga kesihatannya, terutama setelah kejadian arwah ditikam usai menyampakan ceramah.

“Cuma dia sedikit … sedikit kurang bersemangat menjaga kesihatan, agak malas. Terutama setelah ditikam, arwah juga tidak memberi perhatian pada dirinya sendiri, “kata Al Hasan.

Pada September tahun lalu, Syekh Ali Jaber pernah ditikam oleh seorang pemuda yang tidak dikenali di Lampung setelah memberikan ceramah. Ketika dia tahu seseorang datang dan akan mencederakannya, dia segera mengangkat tangannya untuk menutup lehernya. Kemudian, pisau yang dibawa oleh pelaku menikam lengannya.

Selepas kejadian menikam, pelaku  segera ditangkap oleh polis. Keadaan Syekh Ali Jaber dikatakan tidak serius. Syekh Ali Jaber menduga pelaku melakukan perbuatannya kerana ada dorongan atau ada yang menyuruh.

pendakwahSyekh Ali Jaber
https://lomp.at/1xw5r
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  2. 2

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  3. 3

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara