Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Kaka Azraff Teruja Ada Peminat Dari Korea

by Khai Azfar
February 16, 2021
Share on Facebook

Penyanyi Kaka Azraff meluahkan rasa teruja apabila mengetahui terdapat peminatnya di Korea Selatan. Berikutan lagu Gila telah mencetuskan fenomenanya tersendiri sebelum ini,peminatnya di negara itu turut menghasilkan semula sebuah video muzik tersebut di sana.

Kaka Teruja

YouTube video

Menurut pemilik nama sebenar, Nor Atiqa Noor Azraff, 32 dia tidak menyangka bahawa video muzik lagu yang tercalon dalam Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) itu akan dibuat semula apatah lagi dihasilkan oleh warganegara Korea. Ketika ditanya mengenai lagu terbaharunya Karma yang juga duet bersama penyanyi Indonesia, Jaz akan turut digubah kepada Bahasa Korea, Kaka tidak menolak untuk melihat pembaharuan tersebut.

“Saya sebenarnya tak sangka fenomena Gila akan sampai ke Korea apabila tengok ada peminat di sana buat semula video muzik lagu ini”

“Untuk lagu Karma, jika ada yang sudi saya tak sabar untuk tengok sekiranya ada yang akan buat dalam bahasa Korea” kata Kaka kepada Murai.my

Pada Khamis lalu, sebuah sidang media pelancaran lagu Karma menggabungkan dua penyanyi Malaysia dan Indonesia, Kaka dan Jaz, telah diadakan secara maya yang turut disaksikan oleh media kedua-dua negara.

Karma Cabar Zon Selesa Kaka Dan Jaz

Menariknya, lagu ini dicipta komposer Farouk Roman dan lirik ditulis pendatang baharu yang juga juara Vokal Mania (Rookie),Aisha Retno. Meskipun Kaka dan Jaz sudah selesa dengan genre masing-masing yang menjadi identiti dalam setiap lagu namun lagu sentuhan Farouk dan Aisha ini berjaya meyakinkan keduanya untuk mencabar artistik nyanyian mereka.

“Paling meyakinkan saya adalah melodi serta susunan muzik itu sendiri memang sedap. Saya rasa ia sebuah lagu balada dan runut bunyi yang sangat berkualiti. Sebenarnya saya tiada berjumpa dan berhubung dengan Jaz. Kami merakamkan lagu ini secara berasingan memandangkan dengan keadaan dan Jaz terima audio yang sudah ada rakaman vokal saya”

“Karma sangat berbeza dengan lagu-lagu saya sebelum ini. Saya sendiri tidak pernah terbayang akan nyanyikan lagu sebegini. Bagaimanapun, saya sangat gembira dengan keputusan menyanyikannya. Sebenarnya ia menunjukkan sebuah sisi lain Kaka Azraff kerana ini lagu balada pertama yang benar-benar menunjukkan vokal saya yang dibantu oleh Afif Tirmizie selaku pengarah vokal saya yang memudahkan nyanyian saya,” katanya

Bagi penyanyi kelahiran Brunei, Jaz yang bertapak di Indonesia sekarang pula, dia tidak menafikan sangat berbesar hati apabila diberi peluang terbabit dalam projek ini.

Ella Enggan Campur Khabar Angin Rumah Tangga Kaka Azraff, Anggap Terlalu Peribadi

Apatah lagi, digandingkan pula dengan Kaka yang sememangnya sudah cukup kukuh namanya di persada muzik tempatan.

“Saya sangat berterima kasih dengan peluang diberikan Sony Music Malaysia untuk berduet dengan penyanyi Malaysia, Kaka. Ia satu penghormatan yang sangat bermakna buat saya terbabit dalam projek ini kerana ia jauh berbeza dengan projek lain pernah saya jayakan sebelum ini,” kongsi Jaz

Sebagaimana Kaka,Jaz juga menganggap projek ini menjadi satu lagi transisi penting dalam karier nyanyiannya. Sudah terbiasa dengan genre ringan dalam karyanya selama ini, lagu Karma jelas memberi suapan baharu buat konteks nyanyiannya. Apapun, dia tidak menafikan rakaman lagu ini ada cabarannya tersendiri sewaktu melunaskannya.

“Kebiasaan lagu saya adalah yang berentak santai dan riang. Namun, menerusi lagu ini, saya benar-benar melakukan sesuatu yang di luar genre sendiri. Bahagian paling susah adalah harmoni antara nyanyian kami berdua. Terima kasih pengarah vokal saya, Danish yang banyak membantu melancarkan nyanyian saya.

“Tentunya memang sangat mencabar buat saya. Ia sebuah lagu balada yang perlu penjiwaan berat di mana saya sendiri secara peribadi lebih terbiasa dengan melodi riang. Alhamdulillah, saya sudah mendengar hasilnya dan sangat berpuas-hati. Mudah-mudahan lagu ini bakal diterima baik pendengar di Malaysia,” katanya lagi

Lagu Karma ini juga merupakan runut bunyi bagi drama yang mencetuskan fenomena, Takdir Yang Tertulis dibawah arahan pengarah tersohor, Shahrulezad Mohameddin yang dibintangi oleh Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, dan Alvin Chong di slot Samarinda yang sedang berlangsung di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

YouTube video

kaka azraff
https://lomp.at/51osm
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara