4 Pesanan Terakhir Aktor Bollywood, Sandeep Nahar Sebelum Ditemui Mati Tergantung

Mesti Baca

Curi Perhatian! 5 Selebriti Hollywood Memakai Gaun Pengantin Sewaktu Di Karpet Merah

Apabila mencari penampilan yang sempurna sewaktu di karpet merah, selebriti kebiasaannya akan memilih custom atau designer gowns. Kadangkala, sesetengah...

6 Pasangan Selebriti Korea Ini Bebas Daripada Sebarang Gosip

Beberapa pasangan suami isteri selebriti Korea ini sentiasa jauh daripada sebarang gosip. Perkahwinan mereka jarang mendapat berita yang negatif....

Artis & Instafamous Selar Kes Youtuber Bergaduh Di Gelanggang Futsal

Insiden pergaduhan di sebuah gelanggang futsal minggu lalu yang melibatkan Youtuber terkenal mendapat perhatian ramai termasuk di kalangan selebriti...

Aktor Bollywood, Sandeep Nahar yang membintangi filem seperti ‘MS Dhoni : The Untold Story’ dan ‘Kesari’ ditemui mati membunuh diri dengan menggantungkan diri di kediamannya di daerah Goregain di Mumbai pada hari Isnin.

Pihak polis Mumbai telah mendaftarkan kes berhubung dengan insiden yang berlaku dan siasatan sedang dijalankan.

Menyiarkan Video Sebelum Menggantung Diri

Sebelum mengambil langkah extreme tersebut, Sandeep Nahar menyiarkan video bersama catatan panjang pada laman Facebook peribadinya. Aktor yang kini sudah meninggal dunia dalam video terakhirnya menyatakan, bahawa tidak ada seorang pun dari ahli keluarganya yang harus bertanggungjawab di atas tindakannya yang melampau itu.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau berdepan pelbagai masalah peribadi dan profesional. Sandeep Nahar turut menuduh isterinya, Kanchan Sharma sering mencetuskan pergaduhan hampir setiap hari dengan isu-isu masa lalu dan mengugut beliau.

Isterinya Mengugut Untuk Membunuh Diri

Sandeep Nahar turut menyatakan bahawa ianya bukanlah kesalahan isterinya kerana sifatnya sedemikian rupa.

“Ianya bukanlah kesalahannya kerana sifatnya sedemikian rupa sehingga dia merasakan semuanya normal, tetapi ianya tidak normal bagi saya. Dalam dua tahun kebelakangan ini, hidup saya telah berubah sepenuhnya. Namun, saya tidak pernah berkongsi apa-apa dengan sesiapa. Orang lain merasakan bahawa semuanya baik-baik sahaja dalam hidup saya…Kanchan telah mengugut untuk membunuh diri sekurang-kurangnya 100 kali.” Kata Nahar

Akhiri Hidup Sebagai Solusi Masalah Yang Dihadapi

Nahar menulis bahawa beliau telah memikirkan untuk mengakhiri hidupnya sebagai solusi untuk masalah sebelumnya, tetapi beliau memutuskan untuk memberi lebih banyak masa, dengan harapan agar isu-isu tersebut dapat diselesaikan

“Saya akan mati dengan bunuh diri suatu ketika dahulu tetapi saya memilih untuk memberi masa dan berharap keadaan akan menjadi lebih baik, tetpi tidak. Saya sekarang tidak mempunyai tempat untuk pergi. Saya tidak tahu apa yang menanti setelah saya mengambil langkah ini, tetapi saya telah melalui neraka dalam kehidupan ini.”- Tulisnya dalam bahasa Hindi

Aktor itu mengakhiri catatan tersebut dengan menyatakan,

“Saya hanya mempunyai satu permintaan, setelah saya tiada, jangan katakan apa-apa kepada Kanchan tetapi lakukan supaya Kanchan dirawat.”-Nahar

Politik Dalam Bollywood

Sandeep Nahar dalam catatannya juga menulis secara terperinci masalah yang dihadapinya di Bollywood. Beliau turut menyatakan kekecewaannya dengan “politik” dan kurangnya professionalisme dalam industri filem Hindi. Beliau menyatakan bahawa beliau telah diganti dari sebuah projek setelah semuanya sudah finalized, sambil menambah bahawa orang di Bollywood “sangat praktikal” dan mereka tidak mempunyai emosi.

Terkini

Dah Elok Sado, Pergi Buat Implan Payudara Pula! Influencer Ini Tak Malu Malah Bangga

Lelaki bertatu ini menunjukkan implan payudara setelah dicabar untuk mendapatkan 3 juta pengikut di akaun Instagramnya. Dipetik dari Dailystar, Influencer...

Artikel Berkaitan