Isu Cium Mulut Adik Angkat : Polis Cari Pengasas Produk Kecantikan

Mesti Baca

‘Tokti’ Pun Puji! Peminat Kagum Hannah Delisha Miliki Suara Merdu

Belum pun 'habis' memperkatakan mengenai perkahwinannya, pelakon Hannah Delishah sekali lagi mencuri perhatian peminat menerusi sebuah video 'teaser' yang...

Wow! Ramai Terkejut Lihat Wajah Ezurin Khyra Pada 21 Tahun Yang Lalu

Siapa saja tak kenal dengan nama Datin Ezurin Khyra yang mendapat gelaran ‘Crazy Rich Asian’ oleh peminatnya. Pada tahun...

Sedang Hamil? Foto Terkini Gal Gadot Jawab Spekulasi Peminat

'Wonder Woman' bakal menjadi ibu. Gal Gadot  telah mengesahkan kehamilan anak ketiganya setelah peminat mula berspekulasi sewaktu beliau menyampaikan...

Selepas tularnya video seorang lelaki yang juga pengasas produk kecantikan mencium mulut adik angkat lelaki, pihak polis kini sedang mengesannya bagi membantu siasatan.

Siasatan Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 

Difahamkan sebuah laporan polis telah dibuat semalam berikutan perilaku lelaki itu yang dikenali sebagai Hisham disifatkan sebagai melampau seperti yang dikongsi oleh pendakwah bebas, Akhi Fairuz di laman Twitter nya.

Memetik laporan Berita Harian, siasatan kes berkenaan berada dalam Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan. Pihak Polis menerusi Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan, berkata pihaknya juga sedang mengesan kanak-kanak berkenaan serta saksi kejadian.

Terdahulu, Murai.my melaporkan terdapat beberapa buah video dimuatnaik oleh usahawan itu menerusi akaun TikTok nya @papa_idola_semalaya. Bagaimanapun akaunnya telah dipadam oleh pihak TikTok kerana menyalahi undang-undang.

Terkini

Park Bom Nekad Berpindah Ke Sebuah Pulau, Ini Alasannya!

Penyanyi Korea dan bekas ahli kumpulan 2NE1, Park Bom yang berada dalam episod rancangan televisyen 'On & Off',  berkongsi...

Artikel Berkaitan