Kanser atau apa sahaja jenis penyakit boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira seseorang itu artis atau orang biasa kerana kita semua adalah sama dan tidak pernah terlepas dari kesakitan. Bezanya cuma bagaimana cari kita mencari penawar dan melawan setiap penyakit yang kita hadapi.
Sebilangan besar selebriti Bollywood yang akan kami senaraikan di bawah ini telah berusaha sehabis daya bagi melawan kanser yang mereka hadapi dan penyakit ini juga sebenarnya boleh membawa maut jika mereka tidak lagi berdaya untuk melawannya.
Jom kita tengok senarai 6 Artis Bollywood yang anda mungkin tidak tahu mereka sebenarnya sedang berjuang melawan kanser dan dua di antara mereka telah pergi selama-lamanya.
Tahira Kashyap
Tahira Kashyap merupakan isteri kepada Ayushmann Khurrana yang didiagnosis menghidap barah payudara peringkat awal pada tahun 2018. Pelakon filem ‘Andhadhun’ dan ‘Badhaio Ho’ merasa sangat sedih namun dia harus kuat kerana isterinya begitu positif dan tidak mudah berputus asa, mereka berdua sentiasa berjuang bagi memulihkan penyakit yang dihadapi.
“Dia didiagnosis pada hari kelahiran saya iaitu pada 14 September. Kita harus terus kuat untuk menghadapi penyakit ini kerana kita ingin terus bahagia dan bersama.” kata Ayushmann Khurrana.
Sonali Bendre
Sonali Bendre juga telah didiagnosis menghidap barah terminal pada awal Julai 2018 dan segera menjalani rawatan di New York. Sonali sentiasa berkongsi perjalanan perjuangannya melawan barah yang dihadapinya dan memberi kata-kata semangat dan motivasi serta memberi inspirasi di media sosial. Dari berkongsi gambar dirinya botak semasa menjalani rawatan, detik dimana hari-harinya banyak dihabiskan bersama keluarga dan rakan-rakan. Dia melakukan semuanya dan itu terbukti amat terkesan dan menjadi inspirasi kepada peminat-peminatnya.
Sonali Bendre adalah pelakon wanita yang berjaya di India. Dia adalah antara beberapa pelakon yang pernah digandingkan bersama 4 pelakon lelaki yang hebat iaitu Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Salman Khan dan Saif Ali Khan. Pada 12 November 2002, Sonali telah berkahwin dengan pengarah filem ‘Goldie Behi’ dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ranveer pada 11 Ogos 2005.
Rakesh Roshan
Ayah kepada pelakon Hrithik Roshan, Rakesh Roshan telah didiagnosis menghidap barah tekak. Hrithik Roshan telah membuat perkongsian di akaun instagram miliknya pada 8 Januari 2018. “Saya meminta untuk ayah mengambil gambar pagi ini kerana saya tahu yang dia tidak akan ke gym pada hari pembedahannya. Dia adalah lelaki yang paling kuat yang saya pernah kenal. Dia didiagnosis barah tekak peringkat awal pada beberapa minggu yang lalu, tetapi dia sentiasa bersemangat dan tidak berputus asa untuk melawan penyakit yang dihadapinya. Sebagai sebuah keluarga, kami amat bernasib baik kerana diberkati dan mempunyai pemimpin seperti ayah, Saya sayang awak, ayah!” tulisnya dalam kapsyen tersebut.
Rakesh Roshan adalah seorang pelakon terkenal Bollywood, pengarah filem dan juga penerbit yang telah mengalami banyak pasang surut dalam industri. Pada tahun 2000, dia telah mengarahkan filem Kaho Naa…Pyaar Hai yang dibintangi oleh anaknya sendiri, Hrithik Roshan. Rakesh Roshan menjalani rawatan pemulihan setelah selesai melakukan pembedahan.
Manisha Koirala
Pelakon cantik manis, Manisha Koirala telah didiagnosis menghidap barah ovari pada tahun 2012. Kini pelakon tersebut telah pulih dari penyakit yang boleh membawa maut kepada dirinya ini. Untuk berkongsi tentang suka duka menjadi pejuang melawan kansernya itu, Manisha telah menerbitkan sebuah buku yang berjudul Healed. Jalan cerita dalam buku ini banyak menceritakan bagaimana dia hampir menemui ajal ketika dia berjuang melawan barah tersebut.
Manisha mengambil banyak masa berehat sepanjang proses pemulihan barah tersebut dan kini dia kembali aktif dalam bidang yang sangat diminatinya iaitu berlakon. Kali terakhir Manisha dilihat beraksi dalam filem blockbuster ‘Sanjir‘ sebagai Nargis Dutt yang juga dibintangi oleh Ranbir Kapoor.
Rishi Kapoor
Pelakon Bollywood Rishi Kapoor telah meninggal dunia pada usianya 67 tahun pada 30 April 2020 setelah bertarung selama dua tahun dengan kanser yang dihidapinya. Menurut Hindustan Times, Rishi telah menghembuskan nafas terakhirnya di Sir HN Reliance Foundation Hospital di Mumbai disamping isterinya, Neetu Kapoor yang sentiasa setia menemaninya.
Pada tahun 2018, Rishi Kapoor telah didiagnosis menghidap barah dan dia telah menerima rawatan di New York selama lebih dari setahun. Dia kemudiannya kembali ke India pada September 2019 dan kesihatannya sentiasa dipantau. Ketika dia melakukan lawatan ke New Delhi pada awal Februari, kesihatannya telah terganggu dan dia dimasukkan ke sebuah hospital di New Delhi.
Irrfan Khan
Pelakon Irrfan Khan telah mengejutkan para peminatnya ketika dia mengumumkan di sosial media bahawa dia sedang berjuang melawan barah neuroendokrin. Dia juga meminta agar peminat dan media memberinya ruang dan privasi selama masa-masa sukar yang dihadapinya. Dia dilaporkan telah pergi ke London untuk mendapatkan rawatan yang melibatkan 6 kitaran kimoterapi.
Selama bertarung sepanjang tahun, pelakon itu sekali lagi dengan berani telah berkongsi tentang keadaannya dan juga berkongsi pandangan barunya mengenai kehidupan dan segala yang ada diantara mereka. Menolak daripada terus menyerah dengan penyakitnya, Irrfan Khan kembali dengan filem yang dinanti-nantikan, ‘Angrezi Medium’. Namun, takdir tidak menyebelahinya, pada 20 April 2020 iaitu pada usianya 53 tahun, Irrfan Khan disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Kokilaben Dhirubhai Ambani Hospital di Mumbai kerana jangkitan pada usus besar.
Semoga perkongsian pada kali ini dapat menyeru semua agar dapat mendoakan kesihatan yang baik kepada mereka dan sesiapa sahaja yang sedang berjuang dengan penyakit yang dihadapi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.