Saif Ali Khan & Kareena Kapoor Bakal Pilih Nama ‘Faiz’ Untuk Anak Ke-2?

Mesti Baca

“Iya Betul” – Sari Yanti Akui Sedang Hamil Anak Kelima

Pelakon Sari Yanti menerusi laman Insta-story mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil selepas diajukan soalan oleh salah seorang pengikutnya. Hamil...

“Memondan Lah Sangat!” – Diva AA Perli Usahawan Sensasi Popular?

Pengacara terkenal, Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sememangnya dikenali ramai kerana kelantangannya bersuara dan menegur...

Nur Sajat Hilang, Akaun Instagram Turut Dipadam Selepas Dicari JAIS

Usahawan sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman dilaporkan telah menghilangkan diri selepas kediaman mewahnya di Kota Damansara, Petaling Jaya diserbu oleh...

Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan akan segera mengumumkan nama anak kedua mereka yang dilahirkan pada hari Ahad lalu di Breach Candy Hospital di Mumbai. Berita kelahiran cahaya mata kedua ini disampaikan menerusi Instagram rasmi Kareena Kapoor, sekaligus mengumumkan pasangan ini mendapat bayi lelaki.

Nama Anak Masih Menjadi Tanda Tanya

Walaupun peminat mereka memikirkan banyak nama, tidak ramai yang tahu mengenai kisah di sebalik menamakan anak pertama mereka.

Mengimbas kembali pada tahun 2016 ketika Saif dan Kareena menerima kahadiran anak pertama Taimur Ali Khan, mereka harus melalui banyak tentangan untuk menamakan bayi mereka setelah pahlawan Turki, Timur. I

Dipetik dari News18, itu adalah nama yang telah dipilih oleh Kareena sementara Saif memintanya untuk berfikir lagi sebelum meneruskan nama Taimur.

Pada tahun 2018, Kareena  mendedahkan bahawa Saif bertanya kepadanya apakah dia yakin dan dia berkata ‘ya.’ Makna Taimur adalah ‘besi’ dan itulah yang menarik perhatian Kareena yang menginginkan anaknya menjadi lelaki yang kuat. Kareena juga mengungkapkan bahawa Saif ingin menamakan anak mereka ‘Faiz’ kerana mempunyai konotasi puitis.

Kareena  mengatakan, ada banyak tentangan, tapi ada juga banyak sekali sokongan. Malam sebelum saya pergi ke Hospital, Saif bertanya kepada saya, “‘Jika bayi laki-laki, apakah kamu yakin ingin melakukan ini? Mari kita menukar nama dan memanggilnya Faiz. Lebih puitis dan romantis.”

“Dan saya berkata tidak. Sekiranya ia seorang anak lelaki, saya mahu anak saya menjadi pejuang. Taimur bermaksud ‘besi’ dan saya akan menjadikannya seorang ‘Iron Man’. Saya dengan bangga menamakannya Taimur.”

Kini, sekali lagi, Saif dan Kareena mendapat cahaya mata lelaki. Adakah permintaan Saif untuk memilih nama ‘Faiz’ ditunaikan? Atau mereka sudah nama yang lain dan lebih baik? Sama-sama kita nantikan!

Terkini

Wow! Ramai Terkejut Lihat Wajah Ezurin Khyra Pada 21 Tahun Yang Lalu

Siapa saja tak kenal dengan nama Datin Ezurin Khyra yang mendapat gelaran ‘Crazy Rich Asian’ oleh peminatnya. Pada tahun...

Artikel Berkaitan