Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Bakal Beri Penjelasan? Janna Nick Adakan Sidang Media Khas Petang Ini

by Khai Azfar
February 25, 2021
Share on Facebook

Pelakon dan pengacara Janna Nick telah pun mengaktifkan semula akaun Instagram miliknya dua hari yang lalu selepas menyahaktifkannya buat seketika berikutan dia dikecam hebat oleh netizen baru-baru ini.

Janna Adakan Sidang Media Petang Ini 

Selepas berkongsi beberapa hantaran mengenai promosi drama dan telemovie nya yang terbaharu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner,26 memuatnaik sekeping poster sebuah sidang media khas yang akan diadakan pada jam 2.30 petang ini.

via Instagram Janna Nick

Disiarkan Secara Langsung Di Facebook Dan YouTube

Dalam hantaran itu, Janna turut menyatakan sidang media tersebut bakal diadakan secara virtual dan ditayangkan secara langsung menerusi laman Facebook dan YouTube miliknya. Meskipun tidak menyatakan tujuan sidang media tersebut diadakan, menjengah ke ruangan komen rata-rata peminat beranggapan bahawa Janna bakal memberi penjelasan sebenar mengenai isu yang terjadi sebelum ini dan turut tidak menolak kemungkinan menyatakan tindakan undang-undang yang akan diambil oleh pelakon Marry Me Senorita ini.

Terdahulu,tular di media sosial mengenai tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty selepas Janna didakwa kononnya telah mempersendakan nama anggota K-pop terkenal, Lisa BLACKPINK sebagai Blackpig dalam sebuah hantaran. Gara-gara itu, peminat artis K-Pop meluahkan rasa marah dan kecewa sehingga bertindak ingin menutup kesemua akaun sosial media Janna.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
janna nick
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara