Wow! 5 ‘Supermodel’ Ini Yakin Betul ‘Catwalk’ Walaupun Sedang Hamil

Mesti Baca

Kini sekiranya anda ingin menjadi model, tidak semestinya anda perlu kurus, langsing dan berkulit putih, dan penerimaan agensi seperti ini telah membuka mata ramai masyarakat.

Menurut People.com, berikut merupakan 5 supermodel yang telak melakukan catwalk walaupun mereka dalam sedang mengandung.

Irina Shayk

via Business Insider

Irina Shayk mengandung anak pertamanya ketika di pentas Victoria’s Secret Fashion Show 2016.Walaupun berada di trimester kedua, tubuhnya kelihatan seksi dan menarik. Hampir tidak ada yang menyedari bahawadia sedang mengandung ketika itu.

Miranda Kerr

via Page Six

Ketika mengandung lima bulan, Miranda dengan bangga muncul di pentas Balenciaga. Model berusia 25 tahun itu membawakan koleksi Spring 2011 dengan Flynn di dalam perutnya.

Menurut People.com, gaun dipakainya cukup untuk menyembunyikan perutnya yang membesar.

Candice Swanepoel

via Fashionista

Pengalaman serupa dialami oleh supermodel Candice Swanepoel. Dia mengandung anak keduanya ketika berjalan di Victoria’s Secret Fashion Show 2016.

Pada ketika itu, orang ramai terkejut kerana Candice tidak menunujukkan tanda-tanda kehamilan.

Lily Aldridge

via Female First

Victoria’s Secret Angel yang berusia 33 tahun ini pernah melakukan catwalk ketika hamil lima bulan semasa memperagakan jenama Brandon Maxwell pada tahun 2019.

Menurut People.com, ini bukan kali pertama untuknya, sebelum ini dia hamil dua bulan semasa Pertunjukan Fesyen Victoria Secret pada 2011.

Alessandra Ambrosio

via Harper Bazaar

Ketika di pentas Victoria’s Secret 2011, Alessandra hamil dua bulan. Ketika itu perutnya kelihatan rata dan tiada tanda-tanda kehamilan padanya.

“Ketika saya mengetahui bahawa saya hamil, saya sangat gembira dan menikmatinya. Saya suka hamil! Tubuh saya menerima kehamilan dengan baik, sama sekali tidak terasa mual. ​​Saya merasa lapar dengan mudah,”

Dunia sekarang semakin terbuka menerima fizikal seseorang. Kini pemikiran masyarakat terhadap dunia pemodelan tidaklah terlalu mengikut standard seperti dahulu kala.

Terkini

Rahsia Kecantikan Kulit Glowing Pelakon Bollywood – Kareena Kapoor

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik Bollywood ini, Kareena Kapoor. Pelakon filem Kabhie Kushie Kabhie Gham ini walaupun usianya...

Artikel Berkaitan