Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Da’i Syed Kongsi Pengalaman, Cipta Lagu Dalam Lokap

by Khai Azfar
March 5, 2021
Share on Facebook

Penyanyi Da’i Syed membuat kemunculan pertamanya selepas mengambil keputusan untuk berehat seketika berikutan isu penahanannya pada tahun lalu.

Enggan Salahkan Mana-Mana Pihak 

Meskipun masih menerima kecaman daripada netizen, namun Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful mengambil pendekatan memaafkan dan enggan menyalahkan mana-mana pihak.

“Saya tak anggap mereka yang membenci atau memboikot saya sebagai salah dan saya tidak pernah menyalahkan sesiapa,saya sentiasa memaafkan semua orang”

“Saya takde rasa dendam, rasa sakit hati tu mungkin masih ada cuma tidaklah sampai tahap dendam, orang kutuk saya, saya kutuk balik ke takde.Saya cuma mendiamkan diri,” kongsi Syed kepada Murai.my

Dengan kemunculan semula ini, Syed turut mengumumkan pelancaran single terbaharunya berjudul Ya Habib serta turut dilantik sebagai duta wangian Dyxy. Menariknya mengenai single ini, Syed berkongsi kembali pengalamannya sewaktu ditahan di dalam lokap selama 20 hari termasuklah berhadapan pengalaman muntah dan merasai tekanan ketika itu.

Kongsi Pengalaman 

Segalanya sempat dinukilkan oleh Syed di dalam Ya Habib serta dia mengharapkan agar peminat dapat memberikan sokongan pada single yang boleh boleh didengari di semua platfrom digital bermula hari ini.

“Sepanjang berada dekat dalam (tahanan), saya sempat menulis lirik dan mencipta melodi. Saya berharap semua peminat dapat memberikan sokongan”

“Untuk video muzik, memang ada beberapa babak yang sebenar menceritakan balik pengalaman saya ketika itu seperti Babak saya muntah, menghadapi anxiety dan lain-lain lagi” tambahnya lagi

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DYXY, Shah Hafiz mereka teruja untuk bekerjasama dengan Syed malah difahamkan pihaknya juga terlibat dengan pembikinan muzik video (MV) lagu Ya Habib menerusi DYXY Media. Bukan itu sahaja, Syed turut berkongsi khabar gembira sebanyak 5,000 minyak wangi edisi khas Ya Habib akan mula dijual hari ini serentak dengan pelancaran lagu.

“Harga untuk sebotol miyak wangi ini adalah RM119.00, tetapi untuk harga esok hanyalah RM99.00 sahaja.

“Selain itu, kami juga turut mengadakan cabutan bertuah menerusi 25 hadiah termasuk hadiah grand prize untuk setiap pembelian,” kongsinya

Syed dan Shah ditemui Murai.my secara maya pada petang Khamis menerusi majlis pelancaran single Ya Habib serta pengumuman sebagai Duta Dyx.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dai Syed
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara