Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Kini CEO! ‘Ratu’ Saapuu Dedah Pernah Bergelar Mak Andam

by Khai Azfar
March 8, 2021
Share on Facebook

Siapa sangka, usahawan semakin dikenali yang juga ketua pengarah eksekutif bagi jenama produk kesihatan kulit Saapuu, Rosniwati Beharom, 45 pernah bergelar mak andam suatu ketika dahulu.

Pernah Ditimpa Pelbagai Ujian 

Mengimbas kembali perjalanannya, menurut Rosniwati pelbagai rintangan dan cabaran perlu ditempuhinya sebelum bersama dengan ‘Saapuu’.

“Kalau nak diimbas semula, saya mula menceburi dunia bisnes ini sejak tahun 2003. Daripada berstatus ‘enterprise’, syarikat saya naik taraf menjadi ‘sdn bhd’ sejak Januari tahun 2020″

“Saya bermula dengan kerja menjahit baju, bergelar mak andam, buat baju sedia pakai dan tempahan bagi lelaki serta perempuan. Pendek kata dalam tempoh dari tahun 2003 hingga tahun lalu, macam macam bisnes saya cuba”

“Cuma awal tahun lalu, saya cabar diri untuk mengubah angin. Maka tercetuslah idea mengeluarkan produk kulit serbaguna Saapuu,” katanya kepada edaran murai.my

Dedah Rosniwati,dia mula diuji selepas berkahwin dengan suaminya, Roshazly Rusali, 47, pada Jun 2001. Ketika itu, dia membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai pembantu akaun dan menumpukan perniagaan kedai jahitannya yang turut terkesan tidak lama selepas itu.

“Saya pernah bekerja di sebuah kilang di Shah Alam selama lima tahun sebagai pembantu akaun. Pada masa sama, saya ambil upah menjahit pakaian di rumah.

“Selepas lapan tahun bertahan dengan perniagaan kedai jahitan, saya terus diuji tanpa henti”

“Saya reda. Namun sebagai manusia biasa, saya juga insan lemah. Bagai jatuh ditimpa tangga. Saya dan suami hanya dikurniakan anak selepas 12 tahun berkahwin. Penantian itu benar satu penyiksaan” kongsinya lagi

Suami Jatuh Sakit 

Ujian tersebut juga tidak terhenti disitu, setelah berjaya memiliki cahaya mata perempuan pada Jun 2013 dengan hasil rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga, suami tercinta pula ditimpa dengan pelbagai penyakit termasuk masalah psoriasis, gout, sakit saraf dan angin ahmar peringkat awal ketika tidur.

“Masa diserang sakit itu, kedua matanya langsung tak dapat melihat. Masalah matanya dapat dirawat. Berat badannya pun menyusut dari 110 kilogram (kg) ke 76 kg.

“Ketika menjaganya, kedai jahit tak dapat dibuka dan pendapatan pun tak masuk. Suami pun terpaksa berhenti kerja. Selepas suami keluar hospital, kami pun jarang balik rumah mentua. Masa banyak dihabiskan di kedai jahit termasuk bermalam di situ. Kedai yang sempit itulah suami dan anak terbaring dan berehat. Memang tak selesa tapi apa pilihan yang ada,”

“Setiap bulan dia perlu mengambil suntikan khas untuk saraf. Satu suntikan berharga RM2,000. Ketika itu juga saya perlu membayar RM23,000 secara ‘lumpsum’ kepada pihak hospital” katanya lagi

Kongsi usahawan ini yang turut digelar ‘Ratu Saapuu’, tidak lama kemudian dia berjaya mendapat bantuan zakat dan berniat untuk membayarnya meskipun ditimpa pelbagai ujian. Berkat daripada kegigihannya, Rosniwati dan suami kini memiliki jenama produk sendiri, Saapuu di bawah syarikat Mawar Shazni Sdn Bhd.

Sekadar info, penjenamaan produk itu dilancarkan sekitar Disember tahun lalu dan merupakan antara jenama produk kulit yang dipercayai serta turut mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
CEO SaapuuSaapuu
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara