Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Saya Baca Semua..”- Amelia Henderson Ulas Tentang Komen Buruk Netizen

by Zaidin Albert
March 9, 2021
Share on Facebook

Menyedari dirinya berada dalam industri hiburan, pelakon Amelia Henderson mengakui dia tidak terkecuali sering mendapat komen negatif di media sosial. Amelia sedar, tidak semua orang suka kepada kita walaupun kita berasa sudah terbaik. Wanita berusia 25 tahun itu menganggap sebagai lumrah dalam kehidupan.

“Saya rasa dalam apa yang anda buat, contohnya jika di pejabat sekalipun, mesti ada yang suka atau tak suka dengan anda. Itu lumrah dalam kehidupan”- katanya

Foto: Instagram @ameliath

Menurut Amelia, dia tidak perlu merasa sensitif atapun sakit hati kerana dia sedar kebanyakkan komen-komen negatif  diterima dari orang yang tak dikenali.

“Tapi bezanya bila saya post apa-apa dalam media sosial, semua orang boleh nampak. Tapi saya rasa tak boleh rasa terlalu nak sensitif atau sakit hati. Sebab saya faham berada dalam bidang ini. Kadang-kadang orang buat keputusan untuk tak suka anda tanpa mengenali anda. Kemudian benda tu tak boleh nak kawal, anda tak boleh nak buat apa apa tentang itu. Asalkan anda tahu dekat diri anda,  buat yang terbaik dan tak menyakitkan hati siapa siapa.”- ujarnya

Foto: Instagram @ameliath

Memilih untuk mengabaikan komen-komen netizen, bekas isteri kerabat diraja ini menyedari bahawa tujuan mereka hanya untuk mendapatkan perhatian.

“Saya rasa kita kena abaikan komen-komen netizen.  Kadang-kadang mereka buat kecoh hanya untuk dapatkan perhatian dari anda. Dan lepas tu kalau anda bagi perhatian itu, netizen akan menang sebab mereka wujud untuk mengundangkan kemarahan atau provoke.

“Mereka bukannya nak betulkan apa kita buat pun. Sebab mereka tak letak muka, tak letak nama, kita tak kenal dia siapa. Kita tak tahu dia orang Malaysia ke tak? Dia mungkin main type je komen tu”- tambahnya lagi

Foto: Instagram @ameliath

Namun, Amelia lebih memilih untuk bersabar sahaja dan enggan terlalu melayan komen berbaur negatif yang ditujukan kepadanya.

“Walaupun ada beribu komen dalam laman media sosial saya, sebenarnya saya ada masa untuk lihat semua dan baca. Kadang-kadang ada komen yang menyakitkan hati. Tapi saya kena selalu ingat, saya dilindungi keluarga, kawan dan pihak pengurusan yang sayang saya”- katanya dalam sebuah wawancara bersama Bernama TV

Sementara itu, mengenai perkembangannya dalam dunia lakonan, Amelia akan muncul dalam drama Romantika 4 Hari 3 Malam bergandingan dengan aktor Sean Lee. Dreama ini boleh ditonton secara PERCUMA di  WeTV setiap Rabu hingga Sabtu!

View this post on Instagram

A post shared by WeTV Malaysia (@wetvmalaysia)

"Buka Tudung Terus Seksi!" - Perkongsian Terkini Mawar Rashid Undang Kecaman Netizen
Amelia Hendersonseksi
https://lomp.at/lmqiw
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Dimasukkan Ke Hospital, Sempat Pesan- “Jangan Lupa Minum Air Guys..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Perkongsian personaliti media sosial, Khairul Aming mencetuskan pelbagai reaksi peminat selepas dia terpaksa dimasukkan ke salah sebuah hospital di ibu...

Read moreDetails
Foto - @norliaghaniofficial48 (IG)
Lokal

Rahsia Lama Terungkai, Norlia Ghani Dedah Dilamar P.Ramlee Ketika Usia 17 Tahun

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon veteran, Norlia Ghani menjadi perhatian selepas berkongsi satu rahsia lama yang disimpannya bertahun-tahun. Menerusi podcast 'Legasi: Sembang Sambung' yang...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi

by Phic ARMAN
February 26, 2026

Suasana duka yang menyelubungi keluarga Amyza Adnan atas pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail, terus meruntun hati ramai. Dalam kesedihan yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara