Perkahwinan yang kekal sehingga akhir hayat adalah perkahwinan yang diimpikan oleh semua orang termasuklah golongan artis. Tetapi ada juga golongan artis yang mana perkahwinan mereka tidak kesampaian dan akhirnya terhenti separuh jalan.
Menurut Intep Seleb, terdapat 5 artis Bollywood yang memilih untuk tetap ‘single’ selepas bercerai dengan pasangan mereka.
Karisma Kapoor
Karisma Kapoor berkahwin dengan Sunjay Kapur pada tahun 2003. Namun, keduanya berpisah pada tahun 2016 dan Karisma memilih untuk tidak berkahwin lagi sehingga sekarang.
Amrita Singh
Amrita Singh memutuskan untuk membujang setelah bercerai dengan Saif Ali Khan pada tahun 2004.
Perkahwinan mereka yang telah berlangsung sejak 1991 telah dikurniakan dua orang anak yang kedua-duanya terlibat dalam industri hiburan. Mereka adalah Sara Ali Khan dan Ibrahim Ali Khan.
Hrithik Roshan
Setelah bercerai dengan Sussanne Khan pada tahun 2014, Hrithik masih memegang status sebagai duda hingga ke hari ini.
Menurut Intep Seleb, rumah tangga yang bertahan selama 14 tahun itu telah dikurniakan dua anak lelaki dan Hrithik sehingga kini masih bersahabat baik dengan bekas isterinya.
Manisha Koirala
Manisha Koirala berkahwin dengan Samrat Dahal dari Nepal pada tahun 2010. Malangnya, hubungan mereka berlanjutan selama dua sahaja. Pada tahun 2018, dia kembali menjadi pelakon Bollywood menerusi filem Sanju.
Sangeeta Bijlani
Bekas kekasih Salman Khan, Sangeeta Bijlani berkahwin dengan pemain kriket Mohammed Azhar pada tahun 1996 dan mereka berpisah pada tahun 2010.
Menurut Intep Seleb, Sangeeta telah memilih untuk hidup membujang semenjak mereka berpisah.
Walaupun perkahwinan mereka separuh jalan sahaja, namun dilihat bahawa mereka masih memilih untuk tetap hidup ‘single’. Mungkin ada sebab mengapa mereka lebih rela hidup sebergini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.