Menarik! 5 Tarikan Pelancongan Baharu Negeri Selangor Untuk Dikunjungi Di Tahun 2021

101
KONGSIAN

Negeri Selangor telah memperkenalkan lokasi pelancongan baharu yang mempunyai potensi untuk menarik perhatian pelancong untuk datang ke negeri ini. Berikut adalah 5 lokasi pelancongan yang baru di Selangor yang patut anda cuba menurut Tourism Selangor.

Elmina Central Park, Shah Alam

via Elmina Central Park

Elmina Central Park merupakan kawasan riadah yang mempunyai trek joging yang dikeliingi pepohon yang menghijau. Pengunjung taman juga dapat menikmati kemudahan aktiviti berbasikal dan kasut roda.

Jambatan Icon Elmina (Elmina Iconic Bridge) pula merupakan sebuah struktur yang gah dan sesuai untuk dijadikan latar gambar.

Alamat: Seksyen U16 City of Elmina, 40160, Selangor.

Air Terjun Sungai Lepoh, Hulu Langat

via Buku Nota

Dikenali sebagai Sungai Lopo ataupun Sungai Lepok, air terjun yang sangat menenangkan ini merupakan sebuah kawasan perkelahan yang sentiasa menarik minat penggemar aktiviti pendakian serta pencinta alam sekitar yang tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang.

Alamat: Lot 3461, KM22 Sungai Lepoh, Kampung Kuala, 43100 Hulu Langat.

Anjung Spotter, KLIA Plane Spotting

via Malay Mail

Anjung Spotter kini dibuka kepada orang ramai terutamanya peminat kapal terbang dan fotografi. Di sini, mereka berpeluang untuk melihat dan merakam gambar pesawat yang berlepas atau mendarat di KLIA ini dari sudut-sudut yang menarik.

Alamat: Jalan Pekeliling , Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang.

Tugu Badminton Anak-anak Sidek, Banting

via Twitter

Tugu yang terletak di Banting ini telah didirikan di dalam kawasan kediaman Tuan Haji Sidek di mana ianya adalah tempat tokoh-tokoh badminton Negara tersebut telah dibesarkan.

Ia dibina bagi meraikan kejayaan anak-anak Sidek di persada sukan badminton dalam Negara dan antarabangsa.

Alamat: Jalan Sultan Alam Shah, Kampung Kanchong Darat, 42700 Banting.

Singgah Santai Resort, Hulu Langat

via My All Blogger

Para penggemar aktiviti percutian dan ‘backpacking’, atau pengunjung yang datang bersama keluarga dan anak-anak kecil pastinya akan menyukai pengalaman menginap di sini kerana suasananya yang penuh mendamaikan dan agak terpencil dari hiruk-pikuk kawasan bandar.

Alamat: Kg Batu 14, Jalan Felcra Semungkis, Hulu Langat, Selangor.

Negeri Selangor, tentunya tidak turut berkecuali dalam menangani pandemik Covid-19 dan pihak Tourism Selangor juga turut mengetengahkan kawasan-kawasan pelancongan baharu ini supaya anda dapat lebih mengenali negeri Selangor itu sendiri.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN