Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Siti Sarah & Ramlah Ram Titip Pesanan, Jangan Persenda Bakat Orang Lain!

by Khai Azfar
March 16, 2021
Share on Facebook

Insiden penyanyi Nabila Razali ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) pada malam Ahad lalu ternyata mencuri perhatian pelbagai pihak sehingga trending di media sosial.

Biarpun teruk dikecam, namun buat peminat dan ramai selebriti membanjiri ruangan komen hantaran Nabila di Instagram dengan pelbagai kata-kata semangat dan memberitahu ia adalah lumrah sebagai seorang penyanyi untuk alami kejadian seumpama itu.

Siti Sarah Titip Pesanan Mengenai Adab 

Dalam perkembangan lain, susulan daripada seorang penyanyi dan juga komposer terkenal dikatakan telah memerli Nabila, penyanyi popular Siti Sarah tampil menitipkan pesanan buat orang ramai mengenai adab. Jelas Sarah, tanpa mengira siapa, adab harus diutamakan termasuk sebagai seorang penyanyi.

“Bagi Sarah, semua benda ada adab, lagi lagi kita ini, orang Malaysia yang kaya dengan budi bahasa & sopan santun. Penyanyi pun ada adab tersendiri. Sarah belajar dari setiap persembahan yang kita lakukan & Sarah belajar dari semua persembahan yang kita lihat. Every performance (Setiap persembahan) adalah ruang untuk jadi yang terbaik dan terbaik” tulisnya

Tanpa perlu memperlekehkan persembahan dan hormati bakat orang, Sarah turut berpesan agar tidak mendabik dada dan berbuat baik antara satu sama lain.

“Setiap benda ade baik buruknya dan kena ingat tau, semua berlaku atas izin Allah. Bagi Sarah, Adab sebagai penyanyi tu kena sentiasa ingat..jangan perlekeh persembahan orang lain. Kita hormati & belajar dari apa yang kita lihat. Apa yang baik kite kena ambil, untuk kita sendiri guna. Sesuatu yang buruk itu pulak kita jadikan pengajaran & jangan pulak kita kutuk. Kadang-kadang takut ek sebab boleh jadi dekat diri kita semula. Janganlah kita mendabik dada, lebih baik doakan yng baik-baik je. Ye tak? Sarah pun pernah kena kecam, dan percayalah, benda tu sangatlah tak best”

“Berbuat baiklah sesama kita, saling membantu untuk memajukan diri sendiri & orang lain. Tak susah pun tau nak buat camtu. Persembahan Nabila malam tadi Sarah nampak dia(Nabila) dh usaha bagi sehabis baik dan pergi kelas vokal. Xpe Nabila keep learning dan jangan putus asa. Tahniah juga Sarah ucapkan kepada semua 12 finalis dan pemenang AJL35” titipnya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Ramlah Ram Mahu Orang Ramai Beri Semangat Buat Nabila 

Dalam pada itu, penyanyi Ramlah Ram turut bersetuju dengan pandangan Sarah mengenai adab. Kongsi Ramlah, sebagai umat Islam, agama turut melarang untuk mempersendakan orang lain. Pesan pelantun Masar Cinta ini, dia berharap agar orang ramai dapat memberi nasihat dan semangat yang terbaik buat Nabila.

“Betul tu.akak sokong 100%..please (tolong) la janganlah kita mempersendakan orang lain.Setiap orang tak ada yang perfect(sempurna)..jadi sebaik – baiknya kita bagilah semangat pada #nabilarazali..akak minta pada semua supaya bagi la nasihat yang membina …kita kan sesama Islam.Islam melarang kita mempersendakan orang lain…” kongsi Ramlah

Terdahulu, komposer tersebut mendakwa orang ramai telah menyalah anggap ciapannya di Twitter terhadap Nabila. Sebaliknya dia menghormati penyanyi itu dan memohon maaf sekiranya ciapan tersebut telah mengguris hati mana-mana pihak.

[VIDEO] Nyanyian Talita Dikritik Netizen!-"Bakat Tidak Dapat Diwarisi, Tiada Aura Penyanyi?"
Nabila Razali AJL35ramlah ramsiti sarah
https://lomp.at/3e4df
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Nurin menerusi...

Read moreDetails
Spotlight

“Jangan Bazir Duit Buat Lagu Raya!”- Eric Fuzi

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Isu strategi artis baru keluarkan lagu raya kembali jadi perbincangan hangat selepas satu kenyataan pedas daripada Eric atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Foto - @mohd_benladin (IG)
Lokal

“Saya Tak Beraya Sebab Gaji Tak Dapat Lagi”- Individu Kesal Ben Ladin Culas Bayar Gaji

by Nurul A.
March 25, 2026

Nama Ben Ladin menjadi tumpuan ramai selepas seorang individu tampil meluahkan rasa kesalnya apabila penyanyi rap itu didakwa belum membuat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
February 23, 2026

Perkongsian aktor, Zain Saidin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dia dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengunjungi bazar Ramadan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara