Rosé Blackpink telah memberikan hadiah mewah sebagai tanda penghargaannya kepada para kakitangan dan penari yang sentiasa bersamanya. Hadiah apakah yang diberi oleh Rosé? Scroll sampai habis okay!
Beri Hadiah Untuk Semua Penari Dan Kakitangan
Baru-baru ini, penari dan kakitangan yang terlibat dengan promosi debut solonya, On The Ground telah menunjukkan hadiah yang diberi oleh Rosé Blackpink melalui laman instagram peribadi mereka sambil memuji kebaikan idol dari YG Entertainment ini.
Melalui insta story, setiap penari dan kakitangan yang bekerja untuk Rosé mendapat bunga dengan sepucuk surat, album single R, serta barangan dari jenama mewah, Yves Saint Laurent (YSL).
Dipuji Oleh Kakitangan Dan Penari
Dalam setiap posting oleh penari dan staff di Instagram, mereka turut menulis mesej untuk Rosé Blacpink yang memuji kebaikan idol mereka yang memberi hadiah mewah dan menulis surat satu persatu.
“Chaeyoung kami (nama sebenar Rosé Blackpink) sangat comel. Dia menyediakan hadiah untuk kami semua. saya sangat tersentuh.”
“Chaeyoung sangat comel. Saya terharu dengan cara dia menyediakan semuanya dengan penuh kasih sayang.”
Harga Sebenar Hadiah Mewah Dari Rosé
Ternyata Rosé Blackpink telah menghadiahkan card holder berjenama Yves Saint Laurent untuk para penari dan kakitangannya.
Berdasarkan laman web rasmi, card holder dinamakan sebagai Black Croc King Palm Card Hilder yang mana bernilai $295 USD (RM1220.86). Card holder tersebut diberikan oleh Rosé Blackpink kepada puluhan penari dan kakitangannya. Dan sudah tentu, nilai keseluruhannya sangat mahal.
Untungnya penari dan kakitangan Rosé!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.