Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Gerak Khas Sudah Tamat, Sheera Iskandar Bertemu Jodoh Dengan Pegawai Polis

by Khai Azfar
March 29, 2021
Share on Facebook

Sabtu lalu (27 Mac 2021) merupakan penamat kepada siri drama televisyen kepolisan Malaysia terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh ACP (K) Datuk Yusof Haslam, Gerak Khas yang ditayangkan di TV3.

Pelakon Gerak Khas Sebak

Drama yang telah bersiaran selama 21 tahun itu berakhir dengan perasaan yang cukup sebak seperti yang diluahkan oleh peminat dan barisan pelakon yang membintangi siri drama yang paling lama bersiaran ini.

View this post on Instagram

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Selain Erra Fazira dan Salina Saibi, pelakon yang memegang watak sebagai Inspektor Sheera, Sheera Iskandar turut meluahkan rasa sedih selepas berkongsi mengenai episod terakhir Gerak Khas.

Menurut Sheera, dia berterima kasih kepada Yusof Haslam kerana memberi peluang untuk bersama produksi Gerak Khas yang telah dianggapnya sebagai keluarga sendiri.

“Terima kasih banyak Datuk Yusuf Haslam kerana memberi peluang kepada Sheera untuk membawa watak #inspSheera dalam #GerakKhas dan terima kasih banyak juga buat team produksi dan juga rakan-rakan seperjuangan yang Sheera sayangi dan dah anggap sebagai family(keluarga)”

Inspektor Sheera Bakal Berkahwin Dengan Anggota Polis 

Biarpun begitu, sesuatu yang menarik turut dikongsi oleh empunya nama sebenar Yang Mulia Tengku Shaheera Ilani binti Tengku Iskandar Putra ini. Dedah Sheera,dia bakal mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya yang merupakan seorang anggota Polis.

Jelasnya, mereka mula berkenalan ketika dia sedang menjalani penggambaran tidak lama dahulu ,dan berharap pengikut dan rakan-rakannya dapat mendoakan dirinya dapat meneruskan kehidupan sebagai seorang isteri kepada anggota Polis kelak.

“Gerak khas akan sentiasa dekat di hati, Sheera hargai sangat sebab dari Gerak Khas juga Sheera berjumpa dengan bakal suami Sheera yang juga seorang anggota Polis sewaktu menjayakan episode OPS Labuan.

Gerak Khas dah tamat, doakan Sheera teruskan kehidupan sebagai isteri Polis pula. #goodbyeInspektorSheera” kongsinya

View this post on Instagram

A post shared by Tengku Sheera Tengku Iskandar (@sheeraiskandar)

Sekadar info, Gerak Khas The Finale ditayangkan di TV3 buat pertama kalinya bermula 4 Disember 2020 pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 10.30 malam. Terdahulu, untuk sekian lamanya drama ini telah bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan bersilih ganti beberapa ketika diantara TV1 dan TV2. Antara pelakon drama ini adalah seperti Norman Hakim, Abby Abadi, Deen Maidin, A Galak, dan ramai lagi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
sheera iskandar
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara