Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Intan Ladyana ‘Sekolahkan’ Netizen! Bengang Dituduh Bulan Madu Di Langkawi

by Khai Azfar
April 1, 2021
Share on Facebook

Di media sosial nama pasangan selebriti Intan Ladyana dan suami, Harris Alif dikaitkan dengan isu rentas negeri selepas mereka dikatakan ke Pulau Langkawi kononnya untuk berbulan madu.

Dituduh Berbulan Madu 

Isu tersebut muncul apabila foto Intan dan Harris berada di sebuah restoran yang sama dikunjungi oleh pasangan selebriti, Neelofa dan PU Riz di pulau peranginan itu dikongsi oleh seorang pengguna laman Twitter baru-baru ini.

Bengang dengan tuduhan tersebut, empunya nama sebenar Intan Nurladyana Mohamat Yahaya ini lantas membalas ciapan itu dan turut menjelaskan perkara yang sebenar.

Jalani Penggambaran 

Tegas Intan, tujuannya berada di Langkawi adalah kerana sedang menjalani penggambaran sebuah drama. Malah Harris turut bersamanya bertujuan sebagai teman dan juga membantu menguruskan aktiviti dan kemudahannya di sana.

“Apa bezanya kalau bawak PA or manager Or family (pembantu peribadi atau pengurus atau ahli keluarga) untuk tolong saya shooting (penggambaran) dekat langkawi? Bawak Orang lain boleh je. Kenapa kalau bawak suami jadi satu issue? Siapa nak drivekan (kereta) saya? Siapa nak bawak bag saya or belikan food (makanan) untuk saya? Saya tak boleh guna runner untuk kegunaan peribadi” -tulis Intan.

Meluahkan rasa kesalnya, Intan mengambil kesempatan menasihati netizen tersebut untuk mengesahkan sesuatu tuduhan terlebih dahulu sebelum berkongsi pada umum.

“Kasihan, nak bash orang tapi tak buat research. Kang kata bodoh… marah!”- ciap Intan

Terdahulu, Murai.my melaporkan pasangan selebriti yang baru mendirikan rumahtangga, Neelofa dan PU Riz disangka merentas negeri untuk berbulan madu di Pulau Langkawi selepas netizen berkongsi beberapa foto mereka yang dilihat berada di sebuah lapangan terbang.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut tidak benar setelah pihak pengurusan sebuah jenama minuman francais terkenal menjelaskan tujuan pasangan ini berada di sana adalah kerana urusan kerja bersama.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Intan Ladyana Harris Alif
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara