Melalui temubualnya bersama CNBC, aktres berusia 38 tahun ini bercakap mengenai tugas “sangat menakutkan”, bekerja semasa lockdown di London dan kebimbangannya terhadap orang tersayang sewaktu pandemik COVID-19.
Menjalankan Penggambaran Sewaktu Pandemik “Sangat Menakutkan”
Priyanka Chopra memberitahu bahawa ia adalah “pengalaman yang gila”, dengan peraturan COVID-19 pemerintah UK yang ketat mengenai penggambaran, termasuk diuji untuk virus setiap hari.
“Sebagai pelakon, kami masih menanggalkan topeng pelitup muka kami di hadapan pelakon lain kerana ia sebahagian daripada tugas. Dan saya rasa ianya sangat menakutkankan kerana anda tidak tahu.”- Priyanka Chopra
Beliau turut menyatakan krisis global kini sangat menakutkan dan membimbangkan untuk kedua-dua keluarga termasuk suaminya, penyanyi, penulis lagu, dan aktor, Nick Jonas, dan mereka yang terkesan dengan pandemik yang berlaku di seluruh dunia.
“Suami saya mempunyai diabetes dan saya mempunyai asma. Saya turut mempunyai ibu saya yang tinggal bersama sekarang, dan di tempat kerja. Saya rasa seperti saya bertanggungjawab untuk ratusan orang. Jadi saya menganggapnya sangat serius.”-Priyanka Chopra
Priyanka Chopra menambah, kini beliau berjaya habiskan penggambaran dua buah filem dan meneruskan tugas ketiganya yang merupakan rancangan televisyen.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.