Siapa sangka di sebalik kemewahan dan kemasyhuran yang dikecapi, beberapa orang selebriti Hollywood ini pernah dimasukkan ke penjara disebabkan pelbagai kesalahan yang melanggar undang-undang. Anda ingin tahu siapakah selebriti Hollywood yang dimaksudkan? Scroll sampai habis okay!
Robert Downey Jr
Superhero Iron Man ini pernah ditangkap pada tahun 1996 kerana memiliki heroin, kokain, dan pistol Magnum 357 ketika memandu dengan laju di Sunset Boulevard.
Sebulan kemudian, Robert telah menceroboh rumah jirannya ketika berada di bawah pengaruh dadah. Selepas mengalami proses pengadilan yang panjang, dia secara rasmi dimasukkan ke penjara pada tahun 1996, dan kemudian dikeluarkan daripada penjara setahun kemudian dan membayar sejumlah denda.
Justin Bieber
Penahanan Justin Bieber pada tahun 2014 tidaklah terlalu mengejutkan. Hal ini disebabkan Justin dilabel sebagai “liar” dan “pencetus masalah”. Sewaktu penangkapannya, Justin Bieber didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol.
Tetapi pada awal tahun 2021, Justin Bieber mengingati hari-hari gelapnya dan berjanji untuk tidak melakukan sebarang masalah lagi.
Bruno Mars
Bruno Mars pernah ditangkap pada tahun 2012 di Las Vegas setelah menemui sebungkus kokain dalam bilik mandinya di Hard Rock hotel.Sewaktu ditangkap, Bruno Mars beralasan bahawa dia masih muda dan tidak memikirkan masa depannya.
Selepas dipenjarakan, Bruno Mars menganggap insiden yang berlaku sebagai peringatan mengenai karier muziknya yang boleh hilang sekelip mata.
Shia LaBeouf
Shia LaBeouf juga antara selebriti yang melakukan masalah undang-undang beberapa kali dan dimasukkan ke penjara. Pada tahun 2017, Shia LaBeouf ditangkap kerana mabuk di khalayak ramai dan melakukan tingkah laku yang tidak menyenangkan di Savannah, Georgia.
Dan yang terkini pada tahun 2021, bekas kekasihnya, FKA Twigs turut failkan tuntutan undang-undang terhadap Shia LaBeouf kerana melakukan serangan seksual terhadapnya.
Macaulay Culkin
Aktor yang dahulunya terkenal dengan watak Kevin McCallister dalam siri filem Home Alone.
Tetapi setelah meningkat dewasa, Macaulay ditangkap kerana memiliki ganja dan beberapa terlarang pada tahun 2004. Setelah penahanannya, karier lakonannya semakin pudar dan filem terakhir yang dibintanginya adalah pada tahun 2019, Changeland.
Apa komen korang?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.