Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Ya Kak Kepom Pregnant”- Elly Mazlein Akui Kini Hamil Anak Kedua

by Khai Azfar
April 6, 2021
Share on Facebook

Selebriti verstail, Elly Mazlein akhirnya akui bahawa dirinya kini hamil anak kedua. Pendedahan itu dibuat Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi menerusi laman Instagram nya malam tadi.

Teruja Menanti ‘Orang Baru’ 

Menurut Elly yang juga mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom, meluahkan rasa syukur dan teruja kerana bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata.

“Syukur Alhamdulillah.. InsyaAllah tak lama lagi akan hadir nyawa kecil dalam keluarga kami”

“Atok akan dapat cucu lagi .. Papa akan dapat seorang lagi anak manja dan kakak manja akan dapat adik ( tapi kakak manja mintak “sister” mana-mana pun tak apa ,hanya mendoakan baby sihat dan dipermudahkan)”

“Dan Mama tak sabar nak menjaga kesemua nyawa suri hati ni,” katanya.

Jelas Elly, dia berterima kasih kepada semua yang telah mendoakannya selama ini dan mengharapkan agar kandungannya berada dalam keadaan sihat.

“Terima kasih di atas doa, wahai kesayangan semua .. Terima kasih sentiasa bersama saya dari saat getir hingga saat pelangi kebahagian datang menerpa ”
“Doa saya ,agar Allah permudahkan urusan anda semua ..
“Dan akhir sekali jawapan bagi semua soalan adalah? Alhamdulillah, ya Kak Kepom pregnant,” kongsinya lagi

Bagaimanapun, pelantun Dusta Cinta ini tidak mendedahkan usia kandungannya.Terdahulu, Murai.my melaporkan Elly didakwa sedang hamil apabila jelas kelihatan ‘baby bump’ pada perutnya. Namun, Elly bertindak untuk mengunci mulut sehingga mendedahkannya pada umum malam tadi (Isnin).

View this post on Instagram

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

Sekadar info, Elly telah mendirikan rumah tangga dengan seorang guru, Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari, tahun lalu. Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia,5 tahun.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Elly MazleinElly Mazlein Hamil
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  3. 3

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  4. 4

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  5. 5

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara