Knowhere Bangsar Kembalikan Nostalgia Balik Kampung Ketika Berbuka Puasa

Mesti Baca

Knowhere Bangsar, sebuah restoran gabungan moden kontemporari, kini memperkenalkan promosi terbaru sempena bulan puasa iaitu “Berbuka Di Kota”. Mereka menyediakan dua set makanan etnik yang patut cuba dari Pantai Timur & Pantai Barat.

Tidak dapat dinafikan, pandemik ini telah memberi impak yang besar kepada semua orang, sehinggakan ia telah menjejaskan tradisi kita menyambut bulan puasa tahun ini.

Tak mengapa, Knowhere Bangsar mengambil inisiatif untuk membawa anda pengalaman berada di kampung halaman dengan menghantar makanan kegemaran anda terus ke depan pintu. Disamping itu, Knowhere Bangsar memberi tribute kepada hidangan klasik dengan menggunakan bahan-bahan utama dalam masakan Melayu yang dijamin halal dan mengangkatnya dengan kelainan tersendiri.

Menariknya di Knowhere Bangsar, mereka seolah-olah membawa anda merasakan perjalanan ke Pantai Timur mahupun ke Pantai Barat.

Jika anda memilih untuk berbuka puasa dan menjamu selera dengan hidangan yang mereka sediakan, anda akan disajikan dengan makanan khas dari pelbagai negeri dengan keunikan warisan yang di miliki. Dan yang paling penting, masakan dari ‘hati’ yang disalurkan ke setiap hidangan.

Berikut antara menu menarik bagi sajian dari Pantai Timur & Pantai Barat.

BERBUKA DI KOTA, Set Pantai Timur

Set Pantai Timur menyediakan hidangan yang sangat menyelerakan dan kembalikan nostalgia balik kampung. Antaranya, Pais Ikan Siakap, Ayam Perchik, Harimau Menangis Bakar, Kerabu Mangga Urap Kelapa, Ulaman, Nasi Jasmin Bunga Telang, Nasi Dagang dan aneka kueh.

Untuk set ini, harganya RM178.60 dan sesuai untuk dihidangkan kepada 2 hingga 4 orang.

BERBUKA DI KOTA, Set Pantai Barat

Set Pantai Barat, tak kurang hebatnya! Yang dah lama tak balik kampung halaman tu, dengan hidangan yang disediakan, pasti dapat mengubat kerinduan anda.

Antaranya sajian yang disediakan dalam set ini adalah, Ayam Salai Lemak Podeh, Kari Kambing, Barramundi Botok Botok, Pacheri Nanas, Ulaman, Nasi Minyak, Pulut Kuning Serunding dan Aneka Kueh. Untuk set ini, harganya RM178.60 dan sesuai untuk dihidangkan kepada 2 hingga 4 orang.

Menu berbuka Ramadhan kami tersedia dari 13 April 2021 hingga 12 Mei 2021 dan hanya untuk dibawa pulang dan dihantar. Hari terakhir untuk membuat pesanan anda adalah 7 Mei 2021.

Penghantaran disediakan hingga ke kawasan seperti Putrajaya, Shah Alam, dan Rawang, dengan bayaran penghantaran dikenakan. Tempahan boleh dibuat melalui WhatsApp di talian +60102202358

Terkini

Rahsia Kecantikan Kulit Glowing Pelakon Bollywood – Kareena Kapoor

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik Bollywood ini, Kareena Kapoor. Pelakon filem Kabhie Kushie Kabhie Gham ini walaupun usianya...

Artikel Berkaitan