Vokalis heavy metal band Black Sabbath terkenal era 1970-an, Ozzy Osbourne membuat pendedahan “membunuh” haiwan yang berada di tamannya sewaktu lockdown (perintah berkurung).
Menembak Kucing Dan Burung
Menurut The SUN, Frontman Black Sabbath, 72, menyatakan dia cuba menembak kucing dan burung yang memasuki tanahnya dalam beberapa bulan yang lepas. Penyanyi yang mempunyai Parkinson itu menyatakan, berasa “seronok” melepaskan tembakan rifle di luar rumahnya di Los Angeles dan mengaku perangai buruknya menimbulkan masalah.
“Ia membuat saya keluar dari kepala saya. Saat saya di rumah, saya bimbang jika saya tidak akan pernah boleh berjalan dengan baik. Ketika pertama kali saya memulakan benda ini, saya tidak dapat menembak. Kini ada kucing dan burung yang mati pada setiap minit”- Ozzy Osbourne
Walaupun Ozzy dikatakan sangat menyukai anjing, rocker ini mempunyai sejarah bermasalah dengan haiwan lain.
Ozzy Osbourne pernah mencetuskan kontroversi kerana minggigit kepala kelawar semasa di atas pentas pada tahun 1982, memakan sebahagian burung merpati pada tahun 1981, dan snorting semut apabila kehabisan kokain semasa konsert jelajah.
Pernah Membuat Permohonan Maaf
Menurut Mirror UK, Ozzy sebelum ini pernah meminta maaf disebabkan perlakuannya terhadap binatang.
“Saya sudah melakukan banyak perkara bodoh, tetapi anda belajar dari kesilapan anda.”-Ozzy Osbourne
Apa komen korang?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.