Isteri kepada Justin Bieber, Hailey Baldwin menceritakan dengan lebih lanjut apabila dikatakan biadab ketika di sebuah restoran oleh pengguna TikTok.
Hailey Baldwin Luah Rasa Kesal
Melalui video di Youtube, model berusia 24 tahun menceritakannya kepada Dr. Jessica Clemons mengenai apa yang dia pelajari saat dirinya menjadi tular.
“Ketika saya melihat videonya, saya rasa sangat kesal. Tak pernah ada sebarang alasan untuk bersikap biadab. Saya merasa teruk kerana pengalamannya dengan saya.”-Hailey Baldwin
Hailey Baldwin turut menyatakan bahawa dia merasa kecewa kerana mereka tidak tahu apa yang dilalui oleh seseorang.
“Tetapi ianya membuat saya agak kecewa kerana anda tidak tahu apa yang dilalui oleh seseorang. Saya masih ingat melalui masa-masa dalam hidup saya di mana saya sangat sedih, dan sangat patah hati.”- Hailey Baldwin
Hailey turut mengakui dirinya sebagai manusia yang sentiasa melakukan kesilapan.
“Saya berharap saya tidak bertindak sedemikian terhadapnya. Saya seorang manusia dan saya melakukan kesilapan dan saya bertindak dengan cara yang tidak saya mahukan. Saya berusaha untuk melakukan yang lebih baik setiap hari. Saya mahu terus membesar sebagai manusia. Saya terbuka kepada orang yang memperbetulkan saya.”- Hailey Baldwin
TikToker Menganggap Hailey Baldwin Sebagai ‘Biadap’
@juliacarolann These are just my personal experiences, pls take with a grain of salt 💖 xo #greenscreen #manhattan #fyp #foryoupage #celebrity #rating #newyork
Hailey Baldwin pertama kalinya bercakap dengan TikToker Julia Carolan pada Julai yang lallu ketika dia mengatakan Hailey Baldwin makan di restoran tempat dia menjadi pelayan sebagai “tidak baik”.
“Saya telah bertemu Hailey Baldwin beberapa kali dan tiap masa dia tidak baik. Saya benar-benar ingin menyukainya tetapi saya harus memberikannya 3.5 daripada 10. Maaf!”-Tiktoker Julia Carolan
Kemudian isteri kepada Justin Bieber memberikan komen pada videonya,
“Baru sahaja melihat video ini, dan ingin meminta maaf sekiranya saya pernah memberi anda sikap yang buruk..Itu bukan niat saya!”- Hailey Baldwin
Hailey Baldwin juga meninggalkan laman Twitter dan meminimumkan pendedahannya di media sosial yang mempengaruhi kesihatan mentalnya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.