Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Panas! Ini 5 Kronologi Perkahwinan Kedua Serina Redzuawan

by Khai Azfar
April 12, 2021
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak minggu lalu, nama pelakon dan pengacara Serina Redzuawan hangat diperkatakan di media sosial selepas bapanya yang juga chef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan meluahkan rasa terkilan selepas selebriti itu dikatakan telah bernikah di negara jiran tanpa pengetahuannya.

Kronologi Perkahwinan Kedua Serina Redzuawan 

Sejurus selepas pendedahan itu dibuat, tumpuan turut diberikan kepada beberapa hantaran Chef Wan yang berkongsi perihal tersebut selain bekas isteri kepada suami Serina tampil mendedahkan perkara sebenar. Berikut Murai.my tampilkan kronologi sensasi mengenai perkahwinan Serina.

1. Chef Wan Dedah Serina Ingin Mendirikan Rumahtangga, Minta Bersabar

Murai.my menerusi artikel pada 16 Mac baru-baru ini melaporkan Serina telah meluahkan hasrat pada bapanya (Chef Wan) untuk mendirikan rumahtangganya yang kedua sebelum hari raya. Menerusi pendedahan panjang sebanyak 3 hantaran di laman Instagram, Chef Wan memaklumkan bahawa dia sudah bertemu dengan bakal menantu nya itu yang merupakan seorang pegawai polis.

Jelas Chef Wan, tujuan dia ingin bertemu dengan lelaki tersebut kerana enggan anak kesayangannya itu menemui kegagalan dalam hubungan sebagai suami isteri seperti perkahwinannya terdahulu. Chef popular ini berkata lelaki tersebut seorang yang baik namun dalam masa yang sama menasihati mereka agar tidak terburu-buru untuk berkahwin.

2. Chef Wan Terkejut Ahli Keluarga Beritahu Serina Sudah Bernikah

Pada hantaran Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan bin Ismail di laman Instagram, dia meluahkan rasa terkejut apabila kakaknya bertanyakan mengenai perihal Serina berkahwin.

“Kakak saya hantar gambar ini sambil bertanya, adakah anak saya sudah berkahwin? Saya terkejut. Dia umum dalam Instagram. Dua minggu lalu, dia berkeras nak bernikah sebelum puasa. Dia kata dia dah nikah di Siam pun. Jantung saya bagaikan dipanah petir.

“Dia mahu nikah di rumah saya untuk urusan nikah semula di Malaysia sahaja. Terus saya tak jawab kata-katanya. Dulu pun dia memalukan saya dengan kisah bersama Hani Mohsin dia tu. Dengan apa yang berlaku selepas banak nasihat diberi, saya tidak terkejut.

“Sebagai seorang bapa, apa yang mereka buat cukup mengecewakan. Saya tidak melarang mereka bernikah. Pergi bernikah di Thailand kemudian baru beritahu saya, adakah bagus budi bahasa anak jenis begini?” dedah Chef Wan

Dalam perkembangan berkaitan, Serina berkata majlis pernikahannya diadakan secara tertutup di masjid serta berterima kasih kepada bapanya kerana merestui perkahwinan mereka.

Kebenaran Terbukti! Chef Wan & Serina Menang Kes Fitnah Termasuk Tuduhan Pedofilia

3. Chef Wan Luah Rasa Sedih

Dalam hantaran susulan, Chef Wan berkata dia tidak pernah menentang perkahwinan anak kesayangannya itu, sebaliknya hanya mahu menyiasat latar belakang bakal menantu sebelum berkahwin dan enggan mereka terlalu tergesa-gesa.

Akui sedih dan berasa kesal kerana dibelakangkan anak sendiri, jelas Chef Wan dia mampu memaafkan anak dan menantunya itu tetapi tidak melupakannya.

“I need to move on with my life as u need to do yours pun.
Yes i have forgiven u both as a father but i will never forget what u both have done to me!??” luah Chef Wan

4. Serina Dakwa Hanya Fitnah

Selepas bergelar isteri kepada Meor Mohammad Aidid, Serina dikecam hebat di media sosial berikutan terpalit dengan beberapa isu. Selain dituduh berkahwin di sempadan Thailand dan membelakangkan bapanya, Serina turut dikatakan sebagai isteri keda kepada pegawai polis itu.

Tampil menjelaskan perihal sebenar, tegas Serina apa yang berlaku merupakan fitnah semata-mata. Dakwa pelakon ini, bapanya dan suami telah bertemu dan pernikahannya juga sudah telah diberitahu.

“Saya mahu menjelaskan kekeliruan dan minta netizen jangan mudah menghukum orang lain dengan menambah fitnah kepada saya dan suami.

“Mengenai tulisan papa yang dia tidak tahu kami bernikah dan berkahwin di Siam itu tidak benar sama sekali. Kami bernikah di sebuah negeri dalam Malaysia.

“Jadi, berhentilah buat tuduhan dan fitnah, besar dosanya nak menjawab di akhirat kelak. Sebab itu, kalau kita tak tau jangan memandai nak komen dan hentam orang lain.

“Secara jujur, papa sudah tahu kami akan bernikah. Saya sudah memaklumkan kepada papa, malah suami pun sudah berjumpa dengannya,” tulis Serina.

Kongsi pelakon ini lagi, dia mengharapkan agar masyarakat di luar sana tidak lagi menyebarkan perkara yang tidak benar dan sahih mengenai perkahwinan mereka kerana enggan keluarga mertua nya terpalit dengan isu sedemikian.

“Sebelum mengenali saya, suami sudah ada masalah perkahwinan disebabkan jarak jauh dan belum ada zuriat. Jangan menuduh suami saya tidak benar.

“Saya terkejut papa cakap kami berkahwin di Siam. Secara logik, sempadan tak dibuka bagaimana mahu berkahwin di Siam? Cuba doakan yang baik-baik dan jangan jadikan media sosial tempat menambah dosa, mengumpat, fitnah dan memaki hamun orang lain.

“Semua yang terjadi atas izin Allah, jodoh kami sudah tertulis,”

“Memang ada yang suka tengok keluarga kami hancur. Apapun, saya tetap menghormati papa. Kami tiada masalah pun selama ini. Bahkan, papa sendiri ada memuat naik entri dalam IG merestui hubungan kami.

“Malah, papa pernah mempelawa buat sahaja majlis kenduri di restoran miliknya. Apapun, saya memaafkan orang yang memfitnah dan cuba menghancurkan keluarga kami.

“Moga mereka diberikan hidayah. Tolong hormat keluarga mentua saya, mereka juga ada perasaan. Saya mohon doakan perkahwinan kedua saya ini bahagia hingga ke akhir hayat,” katanya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan)

5. Bekas Isteri  Dedah Diceraikan, Kahwin Tanpa Izin

Terbaru, memetik laporan Mstar Online terdapat pendedahan mengejutkan daripada bekas isteri anggota polis berpangkat Inspektor itu. Dikenali sebagai Nur Hamizah Shaffee, 34 difahamkan pernikahan Serina dengan Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin didakwa berlangsung tanpa pengetahuan dan kebenarannya.

Ketika selebriti itu bernikah dengan Aidid, Hamizah masih berstatus isteri yang sah sebelum diceraikan pada 9 Mac yang lalu. Jelas Hamizah yang merupakan seorang pensyarah, dia mendedahkan perkara tersebut kerana pelbagai dakwaan tidak berasas telah tersebar selain ingin membersihkan namanya.

“Saya cuma nak bersihkan nama keluarga, sebab tu saya beritahu perkara sebenar. Saya tak tahu kenapa mereka (Serina dan Aidid) perlu menipu. Memang benar Aidid berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah.

“Sebenarnya hubungan saya dengan bekas suami pun tiada sebarang masalah dan kami jalani kehidupan bahagia biarpun kadangkala terpaksa berjauhan kerana kerja masing-masing,”

“Ikutkan saya nak berdiam diri sahaja tapi apabila dia (Serina) beritahu perkara tidak betul, saya perlu bersuara. Saya syak mereka berkahwin pada minggu ketiga bulan Februari.

“Pada 9 Mac lalu, saya diceraikan dengan talak satu. Cukup sebulan kami bercerai, Serina kongsi berita perkahwinan mereka kepada umum,” katanya kepada portal tersebut

Difahamkan Hamizah turut membuat aduan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM di IPK Perak pada 2 Mac lalu.

chef wanserina redzuawanserina redzuawan kahwinsuami serina redzuawan
https://lomp.at/vdzpa
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - Goyang Raya 1119 (Triple1nine)
Lokal

Kumpulan 1119 Rai Pelbagai Budaya Di Malaysia Dengan ‘Goyang Raya’

by Nurul A.
March 14, 2026

Tahun 2026 membuka tirainya dengan penuh kemeriahan. Suku pertama tahun ini menyaksikan keunikan budaya Malaysia apabila sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Berita

Pak Nil Perjelas Isu Podcast Mia Sara-“Dirakam Sebelum Kes Dia & Aqish Meledak…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menjelaskan isu klip 'podcast' yang dikendalikan dan turut menampilkan pelakon, Mia Sara Nasuha...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelawak, Achey mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen sahur bersama anak perempuannya, Tiara Zinnirah Nasir di media sosial. Kongsi Momen...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara