Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

4 Selebriti Yang Menjalani Ramadhan Pada Tahun Ini Dalam Kondisi Hamil

by Amirul Fikry
April 17, 2021
48
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramadhan 2021 terasa berbeza bagi beberapa selebriti tanahair. Ini kerana, ada diantara mereka yang menjalani ibadah puasa dalam kondisi sarat mengandung. Ada yang sedang mengandung anak pertama, anak juga yang tengah hamil anak ke-3 atau ke-4. Mereka juga harus mendapat khasiat dan gizi yang mencukupi demi menjaga kesihatan bayi di dalam kandungan.

Berikut kami kongsikan antara 5 selebriti yang sedang menjalani ibadah ramadhan pada tahun ini sewaktu mereka sedang hamil.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza

via ig

Penyanyi no 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, 42 yang kini sedang hamil anak kedua. Berita gembira tersebut telah dikongsikan bersama peminatnya di instagram beliau pada 1 Disember 2020. Pengumuman itu juga dibuat semasa pelancaran produk terbarunya iaitu Beautessence dan BeauNest by @beausitiofficial. Beliau juga kini sedang mejalani ibadah puasa pada tahun ini dengan keadaan sedang sarat mengandung.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Ain Edruce

via Ig

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce telah berkongsi berita gembira tentang kehamilannya menerusi rakaman video yang dimuatnaik di saluran youtubenya pada November 2020. Menurutnya lagi, pada mulanya dia langsung tidak berniat untuk merahsiakan kehamillannya itu hanya menunggu masa yang sesuai untuk dikongsikan kepada peminat. Buat pertama kalinya, isteri kepada Amirul Hafiz Mustaffa ini juga akan menjalani ibadah puasa pada tahun ini dalam kondisi sedang sarat mengandung.

Elly Mazlein

via ig

Spekulasi tentang kehamilan Elly Mazlein kini sudah terjawab apabila artis serba boleh ini sendiri mengesahkan yang dirinya kini sedang hamil anak kedua. Di bulan ramadhan tahun ini, usia kehamilan Elly Mazlein telah memasuki bulan ketiga. Menurut Elly, untuk kehamilan kali ini, dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk hanya kurang selera makan dan tidak boleh masuk dapur sebab tak tahan bau bawang putih.

Izreen Azminda

via ig

Pelakon Izreen Azminda yang telah mendirikan rumahtangga dengan seorang pemuzik, Muhamad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada Ogos 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim. Izreen juga mempunyai seoranga anak lelaki hasil perkahwinannya yang terdahulu, Muhammad Adrian Umar kini kini berusia 8 tahun. Izreen Azminda mengesahkan dia kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungannya sudah memasuki bulan keempat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Afwa Suruh Siti Nurhaliza Berhenti Menyanyi, Curi Perhatian Ramai!
ainedrucectdkellymazleinizreenazmindaramadhan2021saratmengandung
https://lomp.at/3wxpl
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem