Aktor Tom Cruise sentiasa terkenal kerana melakukan sendiri aksi stunt dalam filem, walaupun telah mematahkan lebih dari satu tulang sepanjang waktu melakukannya.
Mengalami Patah Tulang Yang Banyak
Dalam wawancara The Graham Norton Show, Tom Cruse bercakap mengenai cintanya terhadap aksi stunt, terutama untuk siri “Mission: Impossible”.
“Saya seorang aktor fizikal dan saya suka melakukannya, Saya belajar, berlatih, dan mengambil masa yang lama untuk memikirkannya. Saya telah mengalami patah tulang yang banyak”- Tom Cruise
Berhenti Tersenyum Sewaktu Penggambaran Aksi Stunt
Menurut Uproxx, Tom Cruise mendedahkan bahawa dia disuruh untuk berhenti tersenyum sewaktu penggambaran aksi stunt.
“Kali pertama melakukan aksi stunt adalah sukar, tetapi ianya juga mengujakan. Saya telah diberitahu beberapa kali untuk berhenti tersenyum sewaktu penggambaran aksi stunt dilakukan.”- Tom Cruise
Aksi-aksi stunt Tom Cruise yang wild termasuklah menahan nafasnya di bawah air selama enam minit, melompat dari motosikal di udara, tergantung di sisi pesawat, dan mendaki Burj Khalifa yang tingginya lebih dari 2,700 kaki.
Aksi stunt Tom Cruise yang paling terkenal adalah dalam Mission: Impossible- Fallout, di mana Tom Cruise terpaksa melompat melintasi bangunan hanya dengan beberapa wayar yang menahan dirinya. Cruise telah menghempas dirinya di sisi sebuah bangunan dan menyebabkan pergelangan kakinya patah.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.