Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Sanggup Mandi Hujan! Ebit Lew Turun Padang Bantu Gerai Penjaja Dilanda Ribut

by Khai Azfar
April 15, 2021
Share on Facebook

Pendakwah bebas dan dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew sekali lagi membuatkan rakyat Malaysia terharu apabila dia berkesempatan untuk ‘turun padang’ membantu para penjaja di bazar ramadan Wangsa Maju pada petang Rabu.

Ebit Beri Sumbangan

Menerusi perkongsian video di laman Instagram nya, kelihatan Ebit menyinggah ke beberapa gerai jualan termasuk gerai yang terkesan dengan hujan ribut pada Selasa lalu. Lebih mengharukan, Ebit bukan sahaja menyumbangkan sumbangan berbentuk wang tunai dan khemah gerai yang baru, malah sanggup bermandi hujan semata-mata ingin membantu mereka.

Tersentuh Hati

Menurut Ebit, dia berasa tersentuh hati apabila menonton video yang tular di media sosial berkenaan sebahagian gerai penjaja di situ rosak akibat hujan ribut yang melanda ibu negara sejak awal Ramadan.

“Sebak sayu rasa hati semalam bila tengok khemah makcik jual Yong Tau Fu di Wangsa Maju runtuh rosak diterbangkan angin waktu hujan ribut kuat semalam. Baru hari pertama berniaga. Semuanya rosak. Dekat Rm800 juga semuanya modal. Berat ujian mereka. Disinilah rezeki dan harapan mereka. Ujian mereka

Saya terus ke sana tadi. Saya belikan 7 khemah baru beli untuk mereka buat 7 peniaga yang tiada khemah. Berikan sedikit duit belanja buat sebahagian peniaga

Betapa besar harapan seorang peniaga menanti bazar Ramadhan ini. Dengan nak dapat tapak. Ramai yang nak masuk. Dengan keadaan covid 19 sekarang. Allahuakbar.

Bila saya beri sedikit duit tadi wajah makcik ni berubah sebak sayu jer. Ucap terima kasih. Gembira rasa dapat melihat beberapa peniaga gembira hari ini” tulis Ebit

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Dalam pada itu,rata-rata pengguna media sosial berterima kasih serta terharu dengan bantuan pantas daripada Ebit walaupun terpaksa berhujan ketika bertemu dengan mereka.

Terdahulu, Murai.my melaporkan mengenai sebuah rakaman video yang tular, menunjukkan beberapa penjaja bermandi hujan sambil mengutip makanan jualan mereka yang jatuh akibat angin ribut kencang pada petang Isnin.

Ustaz Ebit Lew
https://lomp.at/mo3iq
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara