Bagi mereka yang mencari cara untuk melengkapkan gaya hidup epik mereka, Samsung Malaysia ada tawaran yang menarik. Dari 15 April hingga 30 April 2021, anda boleh hadiahkan untuk diri anda ataupun buat orang yang tersayang Pek Galaxy Ekosistem Edisi Terhad Violet yang merangkumi Galaxy S21 + 5G atau Galaxy S21 5G, Galaxy Buds Pro dan Galaxy Watch Active2 yang sangat cantik.
Pek ini menawarkan penjimatan sehingga RM798! Di samping itu, ia dilengkapi dengan kotak violet edisi terhad yang cukup elegan.
Harga seunit bernilai RM4,599 untuk pilihan Galaxy S21 5G (harga sebenar RM5,297). Jika anda memilih Galaxy S21 + 5G, harga seunit RM5,099 (harga sebenar RM5,897).
Pek Galaxy Ekosistem Edisi Terhad Violet ini boleh didapati melalui kedai Samsung Experience, Peruncit Sah Samsung terpilih dan kedai dalam talian. Dapatkannya sekarang sebelum habis.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.