Pelakon veteran, Tuan Haji Abu Bakar Omar, meninggal dunia awal pagi tadi. Berita kematian Abu Bakar Omar, 73 disahkan oleh anaknya sendiri Mohd Zainuddin Abu Bakar di lama facebook.
“Dikemuliaan pagi Jumaat 4 Ramdhan 1442H bersamaan 16 April 2021 jam 9.04 pagi. Dengan sedih keluarga memaklumkan bahawa Ayahanda Kami Tuan Haji Abu Bakar Omar telah dijemput kembali ke Rahmatullah.”
Dilahirkan di Titi Gajah, Alor Setar pada 25 April 1948, Abu Bakar Omar pernah membintangi beberapa filem pecah panggung. Antaranya Fenomena, Cinta Kolestrol, Hingga Hujung Nyawa dan Duyung.
Pencapaian Dalam Sebagai Seorang Pelakon
Sepanjang bergelar anak seni, Abu Bakar telah membintangi lebih 13 buah filem dan 11 telefilem dari tahun 1981 hingga 2014. Sebagai pelakon disegani, Abu Bakar banyak memenangi anugerah bersandarkan kualiti lakonannya baik di pentas, kaca TV mahupun layar perak.
Antaranya di Anugerah Sri Angkasa, beliau pernah memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) – “Senja Belum Berakhir” pada tahun 1983 dan Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Radio) “Bukan Kerana Kasih” tahun 1990.
Manakala di Anugerah Skrin, beliau mendapat anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – “Mata Hati” pada tahun 1999 dan pada tahun 2012 merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi drama “Gincu Ayah”.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.