Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

Sambal Nyet Khairul Aming Cecah Jualan RM1 Juta Kurang Dari 4 Bulan!

Lebih membanggakan, hasil jualan tersebut diperoleh hanya kurang dari empat bulan sejak ia mula dipasarkan di media sosial

by Khai Azfar
April 22, 2021
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Personaliti media sosial terkenal, Khairul Aming Bin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Aming meluahkan rasa terharu apabila hasil jualan perniagaan sambal miliknya, Sambal Nyet telah pun mendapat RM 1 juta.

Hanya Kurang Dari Empat Bulan

Menerusi laman Twitter miliknya, Aming berkata dia telah berkorban pelbagai perkara untuk sampai ke tahap ini dan dalam masa yang sama turut berharap agar Allahyarham bapanya masih ada untuk menyaksikan kejayaan tersebut. Lebih membanggakan, hasil jualan tersebut diperoleh hanya kurang dari empat bulan sejak ia mula dipasarkan di media sosial.

“Selepas 3 bulan lebih Sambal Nyet dijual, alhamdulillah hari ni kita dapat reach sales 1 juta ringgit Pleading faceFolded hands. I’ve sacrificed a lot to follow this journey, and i wish my dad is still around to see this today. kalau korang sudi, boleh baca post mortem 1 million ni:” tulisnya

Guna Balik Sebagai Modal Bisnes

Di kesempatan itu, jejaka berusia 29 tahun ini turut berkongsi hasil ‘post-mortem’ perniagaannya. Biarpun mencecah pendapatan yang boleh disifatkan sebagai lumayan, namun menurut Aming dia akan menggunakan sebahagian besar hasil jualan tersebut sebagai modal seterusnya selain turut menambah baik rasa dan kualiti Sambal Nyet.

“80% of the revenue ni aku roll balik into the business. Warehouse baru yg 14,000 sqft sudah fully running and now production rate dah naik dari 1,000 botol sehari ke 4,000 botol sehari. InshaAllah we can meet minimum target of 100k bottles per month starting bulan ni” tulisnya lagi

Dalam pada itu, jelas Aming di sebalik kejayaan ini dia turut berasa rindu akan kampung halamannya di Kelantan dan ingin menyemak kembali akan ramuan sambalnya.

Selepas 3 bulan lebih Sambal Nyet dijual, alhamdulillah hari ni kita dapat reach sales 1 juta ringgit ???. I’ve sacrificed a lot to follow this journey, and i wish my dad is still around to see this today. kalau korang sudi, boleh baca post mortem 1 million ni: pic.twitter.com/Pc5cKn6WLW

— Khairulaming (@khairulaming) April 21, 2021

Tinjauan Murai.my ke atas perkongsian tersebut mendapati lebih dari 50 ribu orang menyukainya(like) manakala 32 ribu orang pengguna telah mengulangkicau (Retweet).

https://lomp.at/6jw0e
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem