Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

TMJ & Che Puan Khaleeda Timang Anak Keempat, Sedap Nama Yang Dipilih

Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk menamakan puteri kedua TMJ

by Khai Azfar
April 23, 2021
Share on Facebook

Tengku Mahkota Johor (TMJ), Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam berkongsi khabar gembira apabila pasangan diraja ini menyambut kelahiran anakanda keempat pada Rabu.

Puteri Kedua TMJ 

Menerusi perkongsian di media sosial, TMJ menitipkan rasa syukur di atas kehadiran orang baharu dalam kerabat diraja Johor yang juga merupakan puteri kedua Baginda.

“Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas kurniaan cahaya mata di bulan mulia yang penuh keberkatan ini” tulis TMJ di laman Twitter

Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas kurniaan cahaya mata di bulan mulia yang penuh keberkatan ini.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pic.twitter.com/5yhfXnGS7g

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 22, 2021

Perkenan Nama Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah Binti Tunku Ismail

Dalam perkembangan berkaitan, menerusi sebuah perutusan, Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut berkenan menamakan puteri kedua TMJ itu sebagai Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah Binti Tunku Ismail

“Menjunjung titah, Jumaah Majlis DiRaja Johor sukacita mengumumkan dengan izin Allah S.W.T. bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja menamakan puteri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor yang diputerakan pada 21 April 2021 bersamaan 9 Ramadan 1442H di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru seperti berikut:

“Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah Binti Tunku Ismail,” kata kenyataan tersebut yang diumumkan menerusi Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli

Sebagai info, Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda telah melangsungkan perkahwinan pada 2014. Menerusi perkongsian hidup bersama, baginda berdua dikurniakan tiga cahaya mata, Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim.

Raja Zarith Sofiah Dedah TMJ Pernah Tak Mahu Pergi Tadika, Ketagih FIFA & Playstation Sejak Kecil
Anak tengku mahkota johoranak tmjTmjTunku Zahrah Zarith Aziyah
https://lomp.at/ltkbb
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara