Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

A&S Buka Kedai Konsep Dengan Tema Komik DC. Siap Ada Patung Superhero Seukuran Manusia!

by Phic ARMAN
April 23, 2021
Share on Facebook

Anda peminat Superhero komik DC ? Ada berita baik untuk anda! Pereka, pengeluar dan pengedar elektronik pengguna terkemuka di Malaysia A&S Distribution Sdn. Bhd. telah  membuka Kedai Konsep dan Pusat Servis Tema Komik DC pada22 April 2021 yang lalu.

Peminat komik DC kini dapat merasai pengalaman pelbagai versi komik DC secara fizikal dalam bentuk kedai konsep yang dihiasi dengan patung Batman dan Wonder Woman seukuran manusia yang terletak di
A1.01.05 Sunway GEO Avenue.

Lebih menarik peminat komik DC  dapat mencuba dan membeli pelbagai produk elektronik pengguna yang berjenama dengan superheroes kegemaran mereka seperti Batman, Superman, Wonder Woman, dan banyak lagi di kedai konsep. Mereka juga dapat menemui item edisi terhad seperti A&S WW84 Cordless Automatic Hair Curler – produk yang telah mendapat pengiktirafan “Innovation Awards” daripada pameran perdagangan elektronik pengguna terbesar di dunia, program CES.

Untuk meraikan pembukaan kedai konsep, A&S menawarkan potongan harga sehingga 83% untuk
pelbagai produk dari 22 hingga 24 April 2021. Hadiah percuma dan cabutan bertuah akan diadakan
di kedai konsep pada tempoh ini juga. Jadi jangan lupa untuk kunjungi kedai konsep ini secepat mungkin sebelum promosi tamat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai A&S, anda boleh melayari laman web di aandss.com atau
mengikuti A&S di platform media sosial seperti Instagram dan Facebook untuk kemas kini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

  2. 2

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

  3. 3

    Cara Pindah Kelayakan BUDI Diesel Kepada Ahli Keluarga, Ini Syarat Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Kota Bharu Ada Kafe Pencuci Mulut Macam Ini! Daughter Bakes Jadi Port Wajib Singgah Peminat Kek & Pastri Perancis

  5. 5

    Tak Ramai Tahu! iBita Pulau Pinang Sedia Bantuan Untuk Pelajar IPT

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara