Aktor Bollywood, Arjun Rampal kini bebas dari COVID-19.
Melalui laman Instagram, aktor ini memberitahu bahawa dia telah disahkan negatif sebanyak dua kali dan para doktor memberitahunya bahawa dos pertama vaksin menjadi sebab dia sembuh dengan cepat.
Dedah Alasan Sembuh Dengan Pantas
Aktor filem Dil Hai Tumharaa ini turut mendedahkan mengapa beliau boleh sembuh daripada Covid-19 dengan pantas.
“Doa saya untuk semua yang menderita di atas kehilangan keluarga mereka. Rasa sangat dberkati kerana disahkan negatif untuk kedua-dua ujian. Tuhan sangat baik hati. Saya diberitahu oleh doktor salah satu sebab saya cepat sembuh adalah kerana saya telah mengambil dos pertama vaksin saya.”- Arjun Rampal
Gesa Peminat Mengambil Suntikan Vaksin Secepat Mungkin
Arjun Rampal turut menggesa peminatnya untuk mengambil suntikan vaksin dan mengikuti semua langkah keselamatan yang ditetapkan.
“Saya menggesa semua orang untuk mendapatkan vaksin secepat mungkin dan terus mengikuti langkah keselamatan yang ditetapkan. Terima kasih atas semua kasih sayang.”- Arjun Rampal
Stay safe okay!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.