Bintang Bollywood, Priyanka Chopra tampil untuk meminta lebih banyak vaksin di negara Amerika Syarikat untuk India yang sedang memerangi gelombang kedua COVID-19. Priyanka turut menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah menempah vaksin lebih daripada yang diperlukan dan mampu untuk berkongsinya dengan negara India.
India Berada Dalam Kritikal
Melalui laman Twitter, Priyanka yang menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah menempah sekitar 550 juta vaksin dan negaranya kini berada dalam keadaan kritikal.
“Hati saya hancur. India menderita daripada COVID19 & US telah menempah 550 juta vaksin lebih daripada yang diperlukan. Terima kasih kerana berkongsi AstraZeneca di seluruh dunia, tetapi keadaan di negara saya sangat kritikal. Adakah anda akan segera berkongsi vaksin dengan India?”-Priyanka Chopra
My heart breaks. India is suffering from COVID19 & the US has ordered 550M more vaccines than needed @POTUS @WHCOS @SecBlinken @JakeSullivan46 Thx for sharing AstraZeneca worldwide, but the situation in my country is critical. Will you urgently share vaccines w/ India? #vaxlive
— PRIYANKA (@priyankachopra) April 26, 2021
Menerima Pelbagai Reaksi Netizen
Walaubagaimanapun, tweet Priyanka telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang menyatakan ia terlalu lambat dan tidak seharusnya menunggu untuk mempromosikan kempen vaksin.
“Tweet ini diperlukan sekurang-kurangnya 2 minggu yang lalu. Anda seharusnya tidak menunggu kempen #Vaxlive untuk tweet rakan senegara anda.”-Netizen
This tweet was required Atleast 2 weeks back. You shouldn’t have waited for #VaxLive campaign to tweet for your fellow countrymen.
— PRABHAKAR PANDEY (@Prabhakar_24) April 26, 2021
“Selamat pagi, US sudah bersetuju untuk membekalkan bahan mentah untuk pembangunan vaksin. Perkara ini sepatutnya disiarkan semalam.”- Netizen
Good morning. US already agreed to supply the raw materials for vaccine development. This should have been posted yesterday.
— Dr. Saffron Knight (PhD waale 😀 ) (@saffronk108) April 26, 2021
Walaupun Priyanka mendapat reaksi negatif daripada netizen, para peminat memujinya kera tampil untuk bercakap mengenai situasi yang sedang berlaku dan mengucapkan terima kasih di atas usahanya.
“Terima kasih Priyanka kerana mendesak pegawai kerajaan untuk melakukan apa yang betul dan membantu India yang berada dalam kritikal.”-Netizen
thank you priyanka for urging the govt officials to do what is right and help india which is very critical in this global crisis
— ❄️ (@savageslayerr) April 26, 2021
“Sangat bangga dengan awak Ratu kerana membincangkan masalah penting yang kita hadapi sekarang.”-Netizen
So proud of you Queen for having the guts to talk about such important issue we are facing currently👏🏻
— Shahz🇵🇸 (@shahzofficiall) April 26, 2021
Please stay safe okay!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.