Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Hafiz Mahamad Dikompaun RM1,500 Gara-Gara Tidak Pakai Pelitup Muka Dalam Video Raya

"Saya tidak pernah membenarkan video itu dirakam atau dikeluarkan" - Ketua Polis Putrajaya

by Khai Azfar
May 5, 2021
Share on Facebook

Pengamal media sosial terkenal, Hafiz Mahamad  telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 gara-gara tidak memakai pelitup muka dalam sebuah video adegan raya yang dimuatnaiknya baru-baru ini di laman Instagram.

Langgar SOP

Memetik laporan BERNAMA, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara itu dikeluarkan selepas Hafiz hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, kelmarin.

Video Tidak Dapat Kebenaran

View this post on Instagram

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Menurut Mohd Fadzil, video tersebut telah dirakam di sebuah lokasi dan mengesahkan tiga anggota petugas barisan hadapan di dalam video tersebut sememangnya sedang bertugas dalam pasukan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) IPD Putrajaya. Malah dia turut menegaskan anggota polis dan tentera itu tidak menerima sebarang bayaran atau sagu hati selain video dirakam oleh usahawan itu juga tidak mendapat kebenaran.

“Video itu turut membabitkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terbabit dalam adegan lakonan itu berpakaian penuh seragam,”

“Saya tidak pernah membenarkan video itu dirakam atau dikeluarkan dan tiada bayaran atau sagu hati diterima pihak polis dalam hal ini,” katanya dalam sebuah kenyataan media

Terdahulu, Murai.my melaporkan Hafiz teruk dikecam oleh netizen di laman Twitter berikutan video yang dimuatnaiknya itu tidak mematuhi SOP selain mempersoalkan kebenarannya melibatkan tiga orang barisan petugas hadapan yang memakai pakaian seragam penuh.

Error happened.
Hafiz Mahamad Mohon Maaf Isu Staf Perli Pizza Cik Epal-"Diorang Yang Buat Hal, Saya Yang Kena.."
hafiz mahamad
https://lomp.at/btl5i
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara